KUALA LUMPUR 13 :
Majoriti belia berumur antara 17 hingga 35 tahun di negara ini
menyatakan rasa puas hati dan berikrar menyokong hala tuju yang dibawa kerajaan
Barisan Nasional (BN) ketika ini.
Perkara itu didedahkan The Asia Foundation menerusi
kaji selidik terbaharu mereka ke atas 2,012 belia seluruh negara termasuk di
Sabah dan Sarawak untuk tempoh April hingga Jun lalu.
Wakil negara The Asia Foundation, Anthea Mulakala
berkata, kajian yang bertujuan mengetahui pandangan belia terhadap negara itu
mendapati, sebanyak 48 peratus daripada mereka meletakkan kepercayaan Malaysia
sedang bergerak ke arah yang betul manakala 88 peratus belia dari Sarawak pula
lebih optimis terhadap hala tuju negara.
"Faktor ekonomi yang stabil, aman dan harmoni,
kemajuan teknologi, peluang pekerjaan dan kaedah menangani jenayah yang lebih
baik adalah punca utama sejumlah 58 peratus belia bersetuju kerajaan hari ini
adalah yang terbaik.
"Bagaimanapun terdapat belia beranggapan, jika
faktor jenayah dan penderaan, tekanan disebabkan pekara-pekara tertentu dalam
kalangan rakyat, sukar mendapat pekerjaan dan sistem pilihanraya yang tidak
seimbang terus dipandang remeh, maka sokongan terhadap kerajaan BN boleh
menjadi sebaliknya," katanya kepada pemberita hari ini.
Sementara itu, Anthea berkata, kajian sama turut
dilakukan ke atas peratusan daftar pemilih dalam kalangan belia yang mendapati
golongan berumur antara 21 hingga 22 tahun merupakan kumpulan paling sedikit
mendaftar sebagai pengundi.
Namun katanya, lebih menarik sebanyak 73 peratus
daripada belia yang terpilih iaitu bermula umur 25 tahun ke atas memperlihatkan
peningkatan menjadi pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.
Jelas beliau, belia di Utara mencatat jumlah tertinggi
penambahan penggundi baharu iaitu sebanyak 60 peratus manakala belia Wilayah
Persekutuan dan Timur mencatat jumlah terendah iaitu masing-masing sebanyak 49
dan 44 peratus.
Beliau berkata, menurut hasil kaji selidik itu faktor
tertinggi menyebabkan masih ramai golongan belia tidak daftar mengundi kerana
tidak mempunyai masa dan benci kepada politik.
"Selain itu, faktor tidak pasti terhadap proses
mendaftar dan tidak tahu dimana untuk mendaftar merupakan alasan kedua
tertinggi golongan belia gagal menjadi pengundi," katanya.
Sumber: Utusan
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.