Monday, December 17, 2012

Kongres DAP 2012 Bukti DAP Racis #TolakPR #1Malaysia #TolakFitnah @umbkl


Gambar di atas adalah keputusan penuh pemilihan 20 Anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP yang baru berlangsung dan apa yang dapat dilihat anak-beranak Lim mengungguli kedudukan carta teratas. Karpal Singh di kedudukan ke tiga manakala anak beliau Gobind Singh Deo di tempat kelapan.

Kita dapat lihat Jawantankuasa Anggota Pusat DAP dikuasai sepenuhnya oleh kaum Cina. Mana perginya calon-calon Melayu dan India yang bertanding? Macam mana agaknya hasrat Lim Guan Eng yang kononnya ingin membuka pintu lebih luas kepada orang Melayu untuk menyertai DAP sedangkan para perwakilan DAP yang majoritinya berbangsa Cina telah membuktikan bahawa mereka tidak bersedia untuk menerima orang Melayu memegang jawatan tertinggi di dalam parti tersebut?

Mungkin anak beranak Lim menganggap dengan perlantikan terus 2 orang wakil Melayu, Senator Ariffin M Omar yang dilantik bagi menggantikan Tengku Abdul Aziz yang telah meninggalkan parti itu pada bulan Mei yang lepas dan Zairil Khir Johari sebagai ahli Majlis Tertinggi DAP akan dapat menutup sikap perkauman di dalam DAP namun hakikatnya orang ramai telah dapat menilai yang parti ini sebenarnya adalah sebuah parti racist apabila hampir 95% ahli-ahlinya yang berbangsa Cina telah menzahirkan kebencian mereka kepada orang Melayu melalui keputusan CEC tersebut.

Sebenarnya Melayu dalam DAP hanya sekadar alat untuk DAP meraih sokongan dari orang Melayu yang lain. Bukan depa heran sangat pun sebenarnya dengan ahli2 Melayu dalam DAP tue. 






SP: DAP tetap parti Racis walau apa pun pendekatan yang dilakukan........






No comments:

Post a Comment

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.