Monday, July 2, 2012

PAS Dakwa UMNO Menyeleweng? Cc. @umbkl @mediaumno

Perjuangan PAS sebenarnya telah menyeleweng daripada landasan ajaran Islam. Tetapi sebaliknya, PAS yang selalu menuduh UMNO menyeleweng daripada Islam kerana kononnya berjuang dan memerintah di atas dasar demokrasi, sebab itu PAS tentang UMNO.


Buktinya Nik Aziz selalu saja mengecam UMNO sebagai jahil, jahiliah, sesat, pergi jahanam dan sebagainya. Tuduhan dan kecaman terhadap UMNO bermula sejak kempen Pilihanraya pada tahun 1978 lagi. Tetapi semasa PAS berada di dalam Barisan Nasional (BN) dan berkongsi kuasa dengan UMNO antara tahun 1973 - 1977, tidak pula ada sebarang masalah dan semua yang terjadi di dalam BN adalah boleh dan betul belaka.

Tidak ada suara-suara sumbang yang mengkritik dan mengecam UMNO ketika itu. Tetapi setelah PAS keluar daripada BN, Hadi Awang dalam ucapannya di Banggol Paradong, Kuala Terengganu pada April 1983 terus mendakwa kerjasama dengan parti-parti bukan Islam dalam kerajaan BN dilarang Islam kerana BN mengekalkan perlembagaan penjajah (peraturan kafir).

Antara isi kandungan ucapan Hadi Awang berbunyi seperti di bawah






Baca selanjutnya di REZQEEN HILL

No comments:

Post a Comment

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.