Pasca reformasi Indonesia Mei 1998 yang saat awalnya dilaungkan bakal membawa Indonesia ke dunia baru yang lebih selesa dan maju ke depan tidaklah seindah yang disangka.
Selepas kejayaan demonstrasi jalanan berjaya menekan dan menjatuhkan Suharto, hubungan erat pelbagai kaum etnik dan agama yang selama ini baik akhirnya terurai kerana prasangka buruk kian melebar.
Fitnah dan adu domba dalam masyarakat menjadi-jadi. Dengan hanya satu dua kes kecil melibatkan kaum dan agama yang berbeza bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi besar.
Pada 21 November 1998 misalnya, berikutan pergaduhan kecil antara seorang anak tokoh masyarakat Desa Ketampang, Jakarta dengan beberapa orang pekerja premis judi adalah antara peristiwa awal yang dikaitkan dengan keganasan antara orang Islam dengan Kristian dari Ambon, Maluku.
Rentetan dari situ, sekumpulan 400 orang kaki pukul upahan dari suku kaum Ambon telah dihantar oleh pemilik premis berbangsa Cina pada subuh hari ke Desa Ketapang untuk melakukan kekacauan dan merosakkan rumah penduduk di sana.
Selain menyebabkan kecederaan pada ramai penduduk Islam, beberapa masjid turut mengalami kerosakan dalam serangan mengejut tersebut.
Penduduk lain yang menyedari berlakunya serangan telah bertindak balas dan akhirnya berjaya mengusir samseng suku kaum Ambon itu.
Bagaimanapun keesokan paginya ribuan penduduk Islam dari pelbagai daerah beramai-ramai menyerbu dan merusuh di kawasan China Town Jalan Hayam Wuruk dan Jalan Gajah Mada.
Selepas melakukan rusuhan di sana, kumpulan besar penduduk Islam menghala pula ke arah Jalan Zainul Ariffin, tempat di mana ramai suku kaum Ambon bekerja dan akhirnya berjaya membunuh beberapa orang samseng Ambon.
Dalam tempoh kekecohan tersebut juga para perusuh turut melepaskan geram dengan membakar dan memusnahkan beberapa buah gereja dan sekolah misionari Kristian.
Berikutan rusuhan semakin kuat melanda, akhirnya tentera Indonesia campurtangan dan berjaya meredakan keganasan yang berlaku diikuti dengan langkah menghantar pulang sebahagian pekerja suku kaum Ambon ke Maluku.
Selepas peristiwa tersebut, hubungan antara masyarakat Islam Indonesia dengan Kristian suku kaum Ambon semakin goyah dan kecurigaan semakin bertambah.
Dalam tempoh kurang setahun kemudiannya, rusuhan antara penganut agama Islam dan Kristian di Maluku berlaku secara besar-besaran berlanjutan sehingga tahun 2002.
Laungan indah reformasi ternyata hanya gah pada teorinya sahaja, realiti dan praktikalnya ia merintis kepada detik-detik awal pemusuhan sesama rakyat berbilang kaum, etnik dan agama di Indonesia.
Tidak mustahil, perasaan tidak puashati pihak tertentu di Malaysia yang juga timbul kerana perbezaan kaum dan agama boleh mengakibatkan senario yang sama.
Apatah lagi, jika mereka dangkal dalam memahami makna reformasi yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.