Tuesday, February 21, 2012

Rakyat Miskin di KL Memiliki 1 buah Rumah Kini Bukan Sekadar Angan-Angan

Kuala Lumpur adalah ibu kota Malaysia. Pelbagai kemudahan ada terdapat di Kuala Lumpur. Baik dari segi pentadbiran kerajaan, pusat perbankan, pusat pendidikan, lubuk masyarakat mencari rezeki dan bermacam-macam lagi ada di banda besar K.Lumpur. Istilah "setinggan" memang sinonim dengan kelompok masyarakat yang mendiami kawasan tanah milik kerajaan. Mereka ini ada diantaranya menetap di tanah Kerajaan sejak dari tahun 70an lagi dan sehingga kini dibeberapa kelompok kawasan K.Lumpur.

Kelompok masyarakat yang tinggal di kawasan setinggan ini sudah semakin kecil kerana pihak Kerajaan telah berusaha membasmi kemiskinan dengan pelbagai usaha yang dibuat supaya miskin sifar di bandar tercapai.

Oleh itu pelbagai usaha yang dibuat oleh Kerajaan dengan memindahkan penduduk setinggan ini ke satu perumahan baru yang lebih baik. Pada peringkat awalnya berlaku penentangan oleh penduduk setinggan ini dengan usaha baru yang cuba dibawa oleh kerajaan kerana termakan dengan hasutan pihak pembangkang yang mempunyai kepentingan peribadi mereka saja.

Kini masalah penduduk setinggan ini telah selesai. Sebahagian besar penduduk setinggan telah berpindah kepenempatan baru yang lebih selesa. Mereka telah dipindahkan oleh pihak Kerajaan di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR). Mereka ditawarkan untuk menyewa rumah yang dibangunkan oleh pihak DBKL dengan harga sewa RM124 sebulantermasuk dengan bayaran penyelenggaraan.

Pada 11 Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia ketika itu YAB Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan hadiah buat penyewa rumah PPR iaitu penjualan rumah PPR yang mereka diami. Sebanyak 44,146 unit rumah telah diumumkan oleh YAB PM dalam pengumuman tersebut. Namun, sebahagian besar penyewa gagal mendapat pinjaman kerana sebahagian besar daripada mereka peniaga kecil-kecilan atau tidak mempunyai "slip gaji" seperti proses biasa yang dikehendaki oleh pihak bank.

Daripada 44,146 unit rumah ditawarkan, hanya lebih kurang 10% penghuni yang berjaya membeli rumah PPR ini sama ada secara tunai seramai 4,272 dan 716 yang memperolehi pinjaman bank. Jumlah ini amat kecil berbanding dengan jumlah kediaman yang ditawarkan. Mereka yang ditawarkan rumah ini kebiasaannya yang sudah menetap lama dan mempunyai track record yang cantik dengan pihak DBKL dari segi pembayaran sewa rumah yang tidak pernah tertunggak.

Oleh sebab itu Kerajaan mengambil inisiatif di bawah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik mencadangkan diwujudkan satu yayasan bagi membantu rakyat miskin yang mendiami rumah PPR ini dengan menyewa agar mampu membeli dan "memiliki sekurang-kurangnya satu aset dalam bandaraya Kuala Lumpur" melalui Yayasan Wilayah Persekutuan dan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan dengan "Skim Pembiayaan Khas Rumah PPR".

Pembaca ingin tahu lebih lanjut mengenai "Skim Pembiayaan Khas Rumah PPR" ini...Tunggu di Part 2 nanti.


Sumber : Blog GOSSIP RAKYAT


No comments:

Post a Comment

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.