Tuesday, February 21, 2012

Apa kejadah ni "1 malaysian cream pie horny noty boyz and girlz by aina etilia II"


Terkejut, Malu, Marah dan pelbagai perasaan bercampur baur tatkala terlihat page facebook ini. Apa agaknya tujuan si pembuat akaun ini tatkala page ini diwujudkan? Adakah ini hasil daripada budaya masyarakat Celik IT? Cuba lihat isi kandungan page itu di SINI untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas tentang page ini.


Pada SP page ini hanya akan membawa kesan negatif kepada masyarakat dan nama buruk kepada Malaysia di mana pelancong asing akan menganggap Malaysia sama seperti Thailand , pelacur sangat mudah untuk dilanggan. Selain itu page ini juga hanya menggalakkan budaya SEKS BEBAS dikalangan anak-anak muda khususnya dan membawa kesan negatif kepada pelajar-pelajar sekolah yang rata-ratanya merupakan pengguna facebook tegar.



Apa kata kalau kita ketepikan sekejap fahaman politik kita yang berbeza dan sama-sama kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dengan sama-sama membuat laporan bagi memastikan page ini tidak boleh diakses dan ditutup dengan serta-merta. Bukan sahaja page ini tetapi juga akaun facebook Si Aina Etilia ni minah yang bertanggungjawab mewujudkan page bangsat ni.



Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati.



No comments:

Post a Comment

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.