Thursday, March 27, 2014

Kaum Cina #1Malaysia Lebih Memahami Orang Islam Malaysia #CNNRacist #PrayForMH370






Secara seriusnya apabila isu mengenai pesawat MAS MH370 hilang dan makin sukar ditemui, ditambah pula sudah memasuki hari yang ke 20 pasti emosi keluarga, pegawai penerangan, media dan pasukan mencari & menyelamat semakin sukar dikawal.


Dalam hal ini, tindakan media antarabangsa CNN yang membuat laporan kononnya kehilangan pesawat berkenaan disebabkan angkara pengganas Muslim dari Malaysia.
CNN menghangatkan lagi kebiadapan mereka dengan mendakwa Malaysia adalah tempat melatih pengganas Muslim dan dalam masa yang sama mereka mengeluarkan beberapa baris perkataan kononnya daripada keluarga penumpang MH370 ;

"Kerajaan & ketenteraan Malaysia adalah pembunuh sebenar mereka (penumpang)"

Kedunguan media bongok dari Barat ini mendapat reaksi daripada warganegara Malaysia, bukan saja yang beragama Islam bahkan daripada kaum Cina & India kerana mereka lebih memahami Islam berbanding orang putih di barat sana.

Sebagai seorang Islam dan warganegara Malaysia, saya menghormati dan berterima kasih kepada our brothers & sisters yang mempertahankan nama baik Melayu dan Islam di sini. Mereka lebih mengenali kami berbanding orang lain. 

Terima kasih.


2 comments:

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.