Datuk
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menegaskan tiada kebenaran
akan diberikan kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang merancang
untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok pada 15 Jun ini.
"Kita benarkan
mereka untuk adakan perhimpunan di tempat yang tertutup, saya
dimaklumkan oleh Datuk Bandar mereka juga minta memohon untuk
menggunakan Padang Merbok.
"Tapi bagi saya
Padang Merbok tempat terbuka... di tempat terbuka kita tidak akan beri,
kerana kita tahu tentang undang-undang dan patuh," kata Tengku Adnan
semasa ditemui selepas majlis bersama pelanggan di KL Sentral di sini.
"Saya nak menasihatkan rakyat bahawa kita hidup dalam keadaan dimana ada 'law and order'.Tengku
Adnan kemudiaan mengecam sikap pemimpin pembangkang yang dilihatnya
sebagai mengajar rakyat supaya tidak mematuhi undang-undang dengan
bertindak sesuka hati walaupun perkara tersebut menyalahi undang-undang.
Pembangkang ini
nak menyemai satu keadaan kepada rakyat kita ni hidup dalam rimba, kita
tak ikut hukum rimba," tegas setiausaha agung Umno itu lagi.
Tengku Adnan
juga mahu pembangkang menerima kekalahan pada pilihan raya umum ke-13
(PRU13) lalu dan memfokuskan tanggungjawab mereka terhadap rakyat yang
telah memilih mereka.
"Kalau kamu dah kalah, mengaku hakikat kalah sajalah," katanya lagi.
Baru-baru ini
PR menegaskan mereka akan tetap meneruskan perhimpunan di Padang Merbok,
Petaling Jaya walaupun pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) cuba melengah-lengahkan himpunan tersebut dengan tidak memberi
kebenaran untuk menggunakan Padang Merbok.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata tindakan polis dan DBKL itu bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman.
Semalam, Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan telah menerima notis
pemberitahuan untuk mengadakan Perhimpunan Black 505 Kuala Lumpur
daripada penganjur pada 15 Jun ini, tetapi notis tersebut "tidak
lengkap".
Menurut Khalid,
penganjur gagal mendapatkan kebenaran daripada pengurusan Padang Merbok
tempat yang dimaksudkan mereka, iaitu DBKL.
"Mereka menghantar notis itu kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, malangnya notis itu tidak lengkap.
"Menurut
ketetapan PAA, penganjur yang memberi notis kepada pihak polis juga
perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan tempat yang mereka
mahu mengadakan perhimpunan," kata Khalid yang dipetik dalam MStar.
Selepas
berakhir keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, pembangkang PR telah
mengadakan jelajah himpunan di seluruh negara bagi menyatakan bantahan
terhadap keputusan pilihan raya yang didakwa mereka penuh penipuan dan
tidak adil, ribuan orang ramai hadir bagi memberikan sokongan dalam
setiap perhimpunan yang mereka anjurkan.
Perhimpunan
terbaru yang selesai diadakan adalah di Dataran Petaling Jaya pada 25
Mei lalu yang menyaksikan ribuan orang ramai membanjiri padang dengan
memakai baju hitam sebagai tanda protes ke atas keputusan pilihan raya
lalu.
Perhimpunan
membantah keputusan pilihan raya PR dikenali sebagai "Black 505", ia
diwujudkan sebagai gerakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya
berleluasa pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan gabungan
Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kuasa walaupun kehilangan undi
popular.
Baca Selanjutnya di KL CHRONICLE
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.