Thursday, May 23, 2013

Rakyat Pilih Suruh Berkhidmat Untuk Rakyat Tapi Si @TianChua Ni Sibuk Dgn Hal Lain Sudahnya Kena Tangkap #TolakPR #ManifestoBukanJanji

Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut hari ini dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan.
Difahamkan kedua-duanya ditahan secara berasingan dalam tindakan keras polis hari ini. Ini adalah siasatan ketiga polis mengenai hasutan semenjak pilihan raya 5 Mei.
Yang pertama adalah aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang didakwa di bawah Akta Hasutan di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi ini.
“Tian Chua ditahan di LCCT pada pukul 12.30 tadi semasa menunggu pesawat untuk ke Kuala Terengganu,” kata pegawai khas naib presiden PKR itu, Saharuddin Adnan, apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
Menurut Bernard Khoo, teman kepada Haris, aktivis itu ditahan semasa sedang makan selepas selesai memberikan sokongan kepada Adam Adli di mahkamah.
“Haris ditahan lebih kurang pukul 12.30 tengah hari di Segambut selepas pulang dari mahkamah Jalan Duta. Dia di bawa ke balai polis Jinjang.
“Malik Imtiaz Sarwar, peguamnya, sedang dalam perjalanan ke balai polis,” kata Khoo yang juga merupakan penulis blog apabila dihubungi.
Pagi ini Adam Adli didakwa di bawah seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), yang mana sekiranya didapati bersalah, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.
Beliau walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan diikat jamin sebanyak RM5,000.
 
 Sumber: KL CHRONICLE

No comments:

Post a Comment

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.