KUALA LUMPUR, 3 April – Menyedari semakin ramai yang berpandangan
serong terhadap golongan mahasiswa yang dilihat sejak kebelakangan ini
begitu cenderung melakukan perkara yang menjatuhkan imej mahasiswa, maka
sekumpulan mahasiswa yang mewakili suara mahasiswa dari Institut
Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara mewujudkan SISWA4U.
Pengerusi SISWA4U, Mohd Hafiz Ariffin berkata, penggerak entiti ini
adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin mahasiswa dan pelbagai
persatuan dan organisasi mahasiswa di dalam kampus dan di luar kampus.
“Matlamat SISWA4U adalah untuk mengerakkan seluruh suara dan tenaga
mahasiswa untuk terlibat di dalam proses demokrasi, politik baru dan
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 secara sihat, rasional, matang, berilmu,
berintegriti dan bermaruah sesuai dengan kedudukan mahasiswa sebagai
salah satu entiti penting dalam kelompok generasi muda dan sebagai
generasi pewaris yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara di masa
hadapan.
“Selain itu kami juga menolak sikap segelintir mahasiswa yang
menzahirkan pandangan dan idealogi mereka secara tidak betul dan ganas.
SISWA4U pula mengambil pendekatan yang berbeza yang jauh lebih harmoni
dan menggambarkan imej mahasiswa yang lebih terpelajar dan bermaruah,”
ujarnya dalam sidang media khas bagi menyatakan sokongan padu mereka
kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun
Razak di sini, hari ini.
Tambah Hafiz, sesuai dengan keterbukaan kerajaan yang telah meminda
perkara 15(2) AUKU, aktivis SISWA4U dengan ini menyatakan kesediaan
sepenuhnya untuk berpartisipasi dalam proses demokrasi dalam PRU-13
secara sihat malah turut bersedia sekiranya diperlukan untuk membantu
kempen pilihan raya.
Ujarnya lagi, SISWA4U bukan menyatakan sokongan secara membuta tuli
dan tiada asas tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap
setiap transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri maka telah
terbukti hanya Barisan Nasional yang paling layak diberi mandat untuk
terus menjadi pucuk pimpinan negara.
“Kami akan terus bergerak untuk membantu kerajaan mendekati anak
muda. Sebagaimanan Perdana Menteri bersungguh mendekati anak muda dan
menjiwai denyut nadi anak muda melalui pelbagai pendekatan termasuk
melalui media sosial, begitu juga kami SISWA4U.
“Kami mewakili suara anak muda yang cintakan negara dan mahu negara
ini terus aman, maju dan makmur, maka kami barisan SISWA4U dengan ini
berikrar akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana
Menteri untuk terus membantu beliau menyakinkan rakyat Malaysia
khususnya anak muda agar BN terus diberi mandat menerajui negara ini,”
ujarnya lagi. – MediaUMNO
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.