Apabila si bijak pandai menyalahgunakan kepandaian dengan menjadi ejen menghasut anak-anak muda untuk membenci dan menolak dasar-dasar kerajaan sememangnya amat mendukacitakan.
Sepatutnya mereka-mereka ini membantu pelajar-pelajar mencari ilmu dan membentuk masa depan mereka dan bukannya mengajar mereka perkara-perkara yang boleh memusnahkan masa depan mereka sendiri.
Prof Emeritus Dato Dr. Latiff Mohamad dari Pusat
Pengajian Sains Kitaran & Sumber Alam dilihat bersikap kritikal terhadap kerajaan
serta sering menyerang pemimpin kerajaan secara halus melalui laman
facebooknya.
Tindakan ini semakin menjadi-jadi apabila hampir
PRU13, kakitangan akademik dalam UKM menyatakan kebimbangan mereka kerana
tindakan Prof. Emeritus Dato Dr. Abdul Latif boleh memberi persepsi serta
tanggapan negatif mahasiswa UKM kepada kerajaan.
SP: Mohon pihak yang berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pendidik yang tidak bertanggungjawab ini.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.