Tuesday, April 23, 2013

Kit Siang Tolak Anwar Jadi PM? #GE13 #TolakPR #Vote4BN




Dalam siri kempen untuk Gelang Patah, calon DAP Lim Kit Siang beberapa kali sengaja bertanya soalan kepada penyokong-penyokong PR tentang siapakah yang jadi pilihan rakyat untuk jawatan PM. Kit Siang menyebut empat pilihan iaitu Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir Mohamad dan Abdul Hadi Awang, yang mana disambut dengan “Hadi Awang” oleh penyokong-penyokong.

Kenapa Kit Siang tidak menyebut nama Anwar Ibrahim? Ini menimbulkan pelbagai persoalan. Terasnya Kit Siang sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM. Ini juga boleh dilihat sebagai usaha Kit Siang menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh lawan beliau calon BN Datuk Ghani Othman jika masyarakat Cina mengundi DAP bermakna mereka menyokong Hadi Awang sebagai  Perdana Menteri.

Macam mana ni? Kata Pakatan Rakyat tapi nampaknya masih tak bersepakat lagi nak memilih bakal PM seandainya PR berjaya dalam PRU 13 nanti. Issshhh!!! Susah rakyat nanti kalau kerajaan yang dibentuk asyik bertelagah dan tak sehaluan dalam membuat keputusan. Yelah bila 1 Perahu ada 3 Nakhoda silap-silap boleh tenggelam perahu tersebut.

So buat pengundi semua sepatutnya dah Nampak dan dah tahu parti mana yang lebih layak memimpin  dan mentadbir Negara kita tercinta Malaysia.



No comments:

Post a Comment

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.