Sikap Anwar Ibrahim yang gemar mengugut, menyergah
dan memperlekeh wartawan apabila beliau gagal menjawab soalan mereka, sudah
menjadi bahan lawak jenaka rakyat Malaysia.
Terbaru, Anwar mengugut akan menyaman wartawan yang
bertanya kenapa beliau tidak menyaman Reuters dan Manila Times kerana
menyatakan penglibatannya di dalam krisis di Sabah, tetapi hanya menyaman TV3
dan Utusan Malaysia yang menyiarkan petikan dari kedua-dua agensi asing
tersebut.
Seperti yang dijangka, Anwar telah tidak menjawab
soalan tetapi mengherdik wartawan terbabit sekali gus, ‘menutup’ isu tersebut
dari diperbincangkan.
Di masa yang sama, Wan Azizah pula memilih untuk
menuduh laporan mengenai Anwar menjadi ‘dalang’ krisis di Sabah, sebagai
‘tuduhan liar dan tidak berasas’. Kata
beliau, “Saya baca laporan, tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan
yang dikatakan dengan Anwar.” Malah,
Wan Azizah juga membayangkan seolah-olah wartawan yang melaporkan sedemikian
telah dibayar oleh Barisan Nasional.
Katanya, beliau tidak terkejut apabila perkara itu
ditimbulkan kerana sebelum ini telah wujud penemuan bahawa seorang wartawan
dibayar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menulis berita-berita anti-Anwar.
Nampaknya Wan Azizah secara langsung telah menuduh
Reuters dan Manila Times sebagai penipu.
Bukan itu sahaja, beliau juga secara tidak langsung menuduh bahawa
wartawan di kedua-dua agensi berita tersebut telah dibayar oleh Barisan
Nasional.
Justeru, sewajarnyalah wartawan yang terbabit
memberi penjelasan bagi mengelak diri mereka dan agensi mereka dipandang serong
kerana melaporkan berita palsu. Tidak
salah juga jika mereka menyaman Wan Azizah bagi membersihkan nama mereka yang
digelar sebagai penipu dan penerima rasuah.
Mungkin inilah saja caranya untuk kita mendapatkan
kebenaran memandangkan Anwar enggan menyaman pihak yang membawa laporan asal
tetapi hanya menyaman pihak yang memetik laporan tersebut.
Bagi rakyat yang rasional, keengganan Anwar untuk
menyaman Reuters dan Manila Times sudah cukup untuk membuktikan sama ada Anwar
benar-benar terlibat atau tidak di dalam krisis di Sabah. Malah, sikap Anwar yang bagaikan cacing
kepanasan bila ditanya perkara ini juga menguatkan lagi syak wasangka
ramai.
Reuters adalah sebuah agensi antarabangsa manakala
Manila Times pula adalah media Filipina.
Tidak ada sebab bagi agensi antarabangsa yang selalunya ‘mesra’ Anwar
melaporkan sesuatu yang mampu meletakkan Anwar dalam situasi sukar. Dan apa ke jadahnya, Barisan Nasional perlu
membayar Manila Times untuk mengotorkan lagi nama Anwar sedangkan nama Anwar
sudah sedia berpalit najis? Apakah
untungnya bagi Barisan Nasional untuk ‘mencari nahas’ dalam krisis Sabah di
saat PRU semakin hampir?
Yang untungnya, hanyalah pembangkang kerana dapat
mencipta isu memburukkan kerajaan BN.
Lebih dari itu, Anwar juga yang sedang meraikan
pertumpahan darah rakyat Sabah sebagai menebus kegagalan menumpahkan darah
rakyat Semenanjung ala Dataran Tahrir.
Dan Anwar jugalah yang begitu teruja menunggu campurtangan asing seperti
yang dipohon oleh pihak Sulu, setelah beliau sendiri gagal menjemput Amerika
dan Australia berbuat demikian.
Dari sudut mana pun, kita tidak dapat mengelak dari
melihat tangan Anwar di belakang semua ini.
Oleh yang demikian tidak ada cara lain lagi bagi
Anwar untuk membersihkan namanya selain dari menyaman Reuters dan Manila Times
yang dianggap Wan Azizah sebagai penipu!
Atau sebaliknya, Reuters and Manila Times wajib menyaman Wan Azizah
kerana menuduh mereka sebagai penipu…
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.