KETIKA Datuk Seri Najib Tun Razak menuju ke dewan
jamuan di Sekolah Menengah Tanah Merah 1, Tanah Merah Kelantan pada Jumaat lalu
selepas selesai memberikan ucapan dalam Majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri,
secara kebetulan ribut dan hujan lebat melanda.
Kejadian itu diambil kesempatan oleh
penyokong-penyokong pakatan pembangkang untuk menabur fitnah dengan menyatakan
ia bala daripada Allah SWT.
Hakikatnya, apa yang berlaku hanyalah secara kebetulan
kerana suasana cuaca yang sama melanda seluruh negara termasuk di negeri-negeri
dikuasai pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Tetapi itu bukanlah fakta yang mahu didengari oleh
puak-puak pembangkang, bagi mereka kalau sesuatu perkara yang berlaku kepada
Barisan Nasional (BN) dan UMNO itu bala Allah, kalau berlaku kepada puak-puak
mereka itu ujian Allah.
Namun kita boleh faham kenapa penyokong pakatan
pembangkang begitu marah dengan majlis yang mencatatkan jumlah kehadiran
tertinggi dalam sejarah lawatan Perdana Menteri ke Kelantan tersebut.
Selain jumlah kehadiran mencecah 50,000 orang, Perdana
Menteri ketika berucap pada majlis anjuran UMNO Bahagian Tanah Merah itu juga,
menyenaraikan tujuh dosa besar pakatan pembangkang kepada seluruh rakyat
Malaysia.
Berikut penulis senaraikan tujuh dosa besar yang
dinyatakan oleh Najib dan hujah yang memungkinkan penyokong pembangkang
terpaksa menabur fitnah bagi mengelakkan rakyat menyokong kenyataan Perdana
Menteri.
n Dosa pertama yang dilakukan ialah para pemimpin
pembangkang terutama Pas telah gagal mempertahankan kesucian agama Islam
daripada dihina kerana sangat mengimpikan Putrajaya. Pas tidak mempertahankan
kalimah Allah.
- Pas tidak boleh menafikan hakikat ini kerana cadangan
supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah datang daripada sekutu
mereka, DAP.
Apa yang berlaku biar pun Majlis Syura Ulama Pas
menolak cadangan itu tetapi kegopohan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menandatangani persetujuan dengan pakatan pembangkang telah menyebabkan parti
itu tersepit. Sehingga ke hari ini tidak ada pendirian rasmi daripada Pas,
keputusan mana yang dipatuhi sama ada yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama atau
Abdul Hadi.
Tindakan Pas itu boleh mendatangkan dosa kerana ia
membuka laluan kepada perbuatan mencemarkan kalimah Allah seperti mana pernah
dihujahkan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din.
n Dosa kedua, dakwaan pemberian tanah kepada pemimpin
DAP.
- Isu ini tidak dijawab dengan jelas oleh kerajaan Pas
Kelantan biar pun didesak oleh pelbagai pihak.
n Dosa ketiga ialah apabila hutan di Kedah dan di Gua
Musang, Kelantan dibotakkan untuk diambil balaknya.
- Perbuatan yang dianggap memusnahkan alam sekitar
bagi memberikan pendapatan kepada kerajaan di kedua-dua negeri itu bukanlah isu
baru. Tetapi biar pun diasak supaya menghentikan pembalakan rakus tersebut,
namun tiada tindakan tegas diambil oleh kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah.
Tindakan ini dilarang oleh Islam kerana kerakusan
memusnahkan bukit bukau akan mengakibatkan pasak bumi terancam dan sekali gus
boleh mengundang bencana alam seperti banjir. Keadaan ini sudah dialami oleh
penduduk-penduduk di kawasan-kawasan terlibat.
n Dosa keempat keceluparan Naib Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dalam isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad
Datu.
- Walaupun perbuatan Tian Chua itu mengguris perasaan
dan membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia, namun tiada tindakan tegas
diambil oleh PKR. Malahan DAP dan Pas juga tidak memberi tekanan supaya Naib
Presiden PKR itu dikenakan tindakan.
Pas juga hanya mendiamkan diri apabila
pemimpin-pemimpin PKR terus membuat kenyataan memperlekehkan kerajaan dalam
menangani isu pencerobohan itu.
Apa yang kita saksikan, untuk meredakan kemarahan
rakyat kepada pakatan pembangkang yang mempolitikkan isu itu, Pas dilihat
bercelaru dalam pendiriannya apabila menubuhkan Tabung Perajurit Lahad Datu
melalui Dewan Pemuda Pas tetapi dalam masa tidak mendesak sekutu mereka supaya
melihat pencerobohan itu adalah soal kedaulatan dan keselamatan negara.
n Dosa kelima yang dilakukan pembangkang ialah tidak
menunaikan janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum 2008 di negeri-negeri
yang telah ditadbir pakatan pembangkang.
- Ini bukan tuduhan tetapi satu fakta yang sama sekali
tidak boleh dinafikan oleh pakatan pembangkang. Demi hendak meraih undi pada
pilihan raya umum lalu, mereka telah menaburkan pelbagai janji bagi meraih undi
tetapi apabila kuasa sudah dimiliki alasan yang diberikan, "itu bukan di
bawah bidang kuasa kerajaan negeri" dan alasan paling klasik,
"manifesto bukan satu perjanjian".
Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan
Islam sudah tentulah pemimpin Pas lebih faham apa hukumnya orang yang
memungkiri janji dalam Islam.
n Dosa keenam, apabila Pas menipu rakyat dalam soal
tahaluf siyasi serta kegagalan parti itu mengekalkan matlamatnya menubuhkan
negara Islam.
- Pas tidak boleh menafikan fakta ini kerana parti itu
sendiri sudah mengubah haluan perjuangannya daripada negara Islam kepada negara
kebajikan.
Pas melakukan tindakan itu semata-mata kerana hendak
memastikan matlamat menubuhkan negara Islam itu tidak menjadi halangan dalam
kerjasama dalam pakatan pembangkang khususnya dengan DAP.
Ia memandangkan DAP menentang keras dan sentiasa
konsisten sejak dulu lagi tidak menerima perjuangan negara Islam dan
pelaksanaan hukum hudud oleh Pas.
n Dosa ketujuh yang digariskan oleh Perdana Menteri
ialah mempermainkan matlamat kononnya negara Islam, lepas itu negara kebajikan,
apabila dekat pilihan raya timbul pula hudud tetapi apabila terbit manifesto,
hilang negara Islam hilang hudud.
- Ini satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan oleh
Pas. Semua orang tahu bagaimana Pas bukanlah dominan dalam pakatan pembangkang.
Pelaksanaan hukum hudud yang sering dimainkan oleh parti itu menjelang pilihan
raya hanyalah semata-mata untuk meraih sokongan umat Islam dan memberi isyarat
kononnya Pas tidak meninggalkan perjuangan Islam.
Tetapi dalam masa yang sama, umat Islam juga amat
memahami betapa selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang selagi itulah,
perjuangan Islam oleh itu parti itu hanyalah sekadar modal menghadapi pilihan
raya.
Berdasarkan apa yang disenaraikan adalah jelas tujuh
dosa besar atau kesalahan pakatan pembangkang itu seperti mana dinyatakan oleh
Perdana Menteri bukanlah satu fitnah atau tohmahan sebaliknya ia adalah fakta.
Pakatan pembangkang mungkin boleh berhujah apa sahaja,
namun senario politik selepas pilihan raya umum 2008 jelas membuktikan bahawa
pakatan pembangkang bak kata Perdana Menteri, "…Perlu dihukum dan tidak
layak mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13." - Sumber dari Utusan.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.