KOTA BHARU : "Memang benar, tepat, beri undi
kepada Pas adalah haram."
Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas
Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada Pas
dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram.
Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian
kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti
agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu
dengan parti tersebut.
"Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi
masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat.
"Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan
kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi
mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu
menyokongnya. Inilah subahat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari
ini.
Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
yang dianggotai para ulama, Tok Guru pondok, imam dan ustaz muda membuat
pengistiharan memberi undi kepada Pas dalam pilihanraya umum akan datang adalah
haram.
Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela
Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan
Pendita turut menegaskan perjuangan menetang Pas adalah jihad kerana mengundi
parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak
Islam dan memperjuangkan sekularisme.
Mengulas lanjut pendirian NGO terbabit, Wan Ismail
yang juga antara bekas pengasas penubuhan Pas di negeri ini berkata, tanggapan
Pas bersubahat dalam isu yang mnyentuh sensiviti umat Islam tidak akan hilang
selagi terus bersekutu dengan DAP.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, umat Islam
seharusnya peka terhadap tuntutan syarak dalam soal memilih kerajaan Islam
kerana perkara tersebut tidak boleh dijual beli.
"Kita kena ingat, syurga dan neraka bukan hak
kita. Tidak ada istilah undi Pas masuk syurga. Kemungkaran tetap kemungkaran,"
katanya
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.