Tuesday, February 19, 2013

RM3,000 Untuk Burukkan Kerajaan #TolakPR #TolakFitnah

Wow!!! RM3,000.00 sebulan hanya untuk reka fitnah dan sebarkan kepada rakyat. No wonderlah blogger2 PR 24 jam ada je di alam siber. Rupa-rupanya masing-masing dah dijanjikan habuan yang lumayan setiap bulan. 

Kesian rakyat Selangor apabila duit yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat tetapi disalurkan kepada blogger2 upahan PR. Tengoklah dokumen di bawah ni. duit tersebut dibayar menggunakan duit rakyat, melalui YB Zuraidah Kamaruddin. 




Ada diantara blogger yang dibayar menggunakan duit rakyat menerusi Selangor State Fund. Ini bukti kerajaan negeri di bawah pimpinan Khalid Ibrahim salah gunakan duit rakyat untuk membayar blogger bagi tujuan politik. 

Ini bermakna dalam setahun sejumlah RM432,000 dibayar untuk blogger blogger terbabit. Sekiranya dijumlah sejak 2008 lagi, Khalid Ibrahim dipercayai sudah membayar sejumlah RM1,728,000 kepada blogger blogger pembangkang. Hampir RM2 juta dihabiskan untuk membayar blogger. 

Sekiranya jumlah RM1,728,000 diberikan kepada ibu tunggal (RM100 sebulan) ini bermakna sejumlah 17,280 orang ibu tunggal boleh mendapat manfaat. Khalid Ibrahim lebih sanggup gunakan duit rakyat untuk bayar blogger berbanding menunaikan janji manifestonya kepada rakyat.  
 
 
 
SP: Duit dah banyak lagi mintak derma dari rakyat untuk dana Pilihanraya. Puiiiiiiii!!!!

No comments:

Post a Comment

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.