Keceluparan mulut Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menggelar
penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpama haiwan ternyata sekali tidak
sopan dan tidak berilmu. Bagi seorang pemimpin Islam yang dihormati dari
sekelompok pihak yang menganggap dirinya umpama ulama Islam adalah tidak boleh
diterima.
Kecetekan akal seorang pemimpin yang hanya menggunakan
Islam sebagai landasan politiknya amatlah dikesali kerana kecendurangan dirinya
menggelarkan rakyat Malaysia yang menerima BR1M sebagai binatang.
Menurut Pengerusi Unit Media Baru Wilayah Persekutuan
(UMBWP) Saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii, beliau amat kesal dengan tindakan
Nik Aziz yang dilihat seakan cemburu terhadap penerima BR1M dan beliau
menegaskan seharusnya Nik Aziz mengucapkan terima kasih bagi pihak rakyat
kerana negara sudi berkongsi hasil kekayaan (pendapatan) negara bersama rakyat.
Tindakan menyamakan penerima BR1M dengan binatang adalah satu bentuk
tindakan protes daripada Menteri Besar Kelantan yang cemburu tidak dijemput
sebagai penyampai bantuan tersebut kepada rakyat Kelantan. Untuk info,
penyerahan BR1M hanya disampaikan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) atau
ADUN BN atau Pengerusi Penyelaras BN di sesuatu tempat saja.
Razlan yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh juga turut
mengaitkan keikhlasan kerajaan negeri dan kerajaan sedia ada hari ini. Dalam
manifesto Pakatan (tipu) Rakyat sebelum memenangi Pilihanraya
Umum (PRU) yang lepas, mereka telah berjanji pelbagai perkara termasuklah
memberikan bantuan sebanyak RM600 kepada ibu tunggal di Selangor. Namun setelah
hampir 5 tahun menerajui Selangor, kerajaan Pakatan gagal mengotakan janji
tersebut. Berlainan pula dengan kerajaan sedia ada hari ini yang tidak
menjanjikan BR1M dalam manifesto PRU yang lepas tetapi telah menyediakan dan
memperuntukan jumlah tertentu untuk meringankan beban rakyat.
Menurut beliau lagi, pemberian pelbagai bantuan hari ini bukti kerajaan BN
ikhlas berkongsi bersama dan membangun bersama rakyat selain dari pembangunan
dan sosio ekonomi negara masih tetap diteruskan secara pesat.
Satu nasihat yang turut disampaikan beliau kepada sebilangan rakyat yang
gagal meyakini kerajaan BN hari ini adalah pastikan kerajaan Pakatan tunaikan
janji² mereka terlebih dahulu sebelum membezakan janji² kerajaan BN.
SP: 84% rakyat Kelantan berpendapatan bawah RM3,000.00 dan negeri Kelantan juga antara penerima BR1M yang tertinggi tahun 2012. Mungkin Pok Nik bengang sebab Kerajaan dah bantu rakyat negeri Kelantan maka undi untuk Pas pun mungkin akan banyak hilang.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.