Friday, January 25, 2013

PM @NajibRazak Ke Gaza Pemimpin PaKARTUN Rakyat Jaja Fitnah #TolakPR @umbkl @Segambut13




 

Tahniah buat Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak beserta dengan ahli rombongan yang telah selamat pergi dan balik dari Gaza.

Buruk perangai puak-puak pakartun rakyat ni. Kerja asyik tabur fitnah sana-sini sampaikan PM ke Gaza pun dijadikan fitnah jugak. Kononnya PM ke Gaza kerana propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempena PRU13 tetapi mereka lupa yang PM sememangnya sangat prihatin isu pergolakan yang melibatkan umat islam. 


                          


Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan senjata di antara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand, sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda.


Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan. Nampak sangat kebaculannya. Memalukan.


PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi.

Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata antara pemimpin UMNO dengan PAS.






SP: Pemimpin-pemimpin tertinggi PaKARTUN Rakyat bila lagi nak sahut cabaran ke Gaza? Takut ke? Takut dana untuk PRU13 nanti ditarik balik oleh rakan sekutu (Israel) ke? Oh! SP lupa yang Ketua Umum PKR pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel. So dah confirm2lah dia takkan berani ke Gaza.




No comments:

Post a Comment

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.