KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN DALAM NEGERI mengenai
AKTIVITI PENDAFTARAN WARGA ASING
OLEH SYARIKAT PARADISE
LINK/LINX SDN BHD
25 JANUARI 2013
1.
Kementerian Dalam Negeri tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn Bhd atau
mana-mana syarikat untuk menguruskan Proses Pendaftaran PATI/ Program Khidmat
Imigran. Aktiviti yang dilakukan oleh syarikat tersebut adalah urusan syarikat
itu sendiri dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan Kementerian ini. Dengan
itu, pihak majikan dan orang awam adalah diminta supaya tidak terpedaya dan
tidak berurusan dengan syarikat tersebut.
2.
Pihak Kementerian memandang serius akan perkara ini dan
tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menggunakan nama
Kementerian untuk mengutip duit daripada orang ramai. Pihak majikan dan orang
ramai diseru supaya tampil ke Kementerian dengan bukti-bukti atau membuat
laporan polis sekiranya ada syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan
sedemikian.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.