Saturday, January 19, 2013

Alhamdulilah! Terima kasih PM @NajibRazak & Kerajaan @barisanasional #tolakPR

 

Alhamdulillah. Berita gembira buat rakyat Malaysia yang telah mendaftar dan layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Kerajaan telah mengumumkan pembayaran BR1M bermula Februari dan akan diselesaikan dalam bulan tersebut juga. BR1M 2.0 membabitkan seramai 4.3juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang. 


BACHOK: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M) 2 akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan iaitu pada Februari dengan kaedah penyampaian dilakukan mengikut kawasan parlimen, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata kementerian akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan tersebut memperolehnya dalam tempoh itu.


"Bagi penerima yang uzur terlantar sakit atau disebabkan usia lanjut, mereka boleh menghantar wakil atau pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing untuk menyampaikan bantuan itu kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis kursus jentera pilihan raya yang dihadiri 300 peserta di sini Jumaat.


Awang Adek berkata bantuan BR1M 2 yang membabitkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Katanya pembayaran itu akan dilakukan dalam bentuk baucar yang boleh ditunaikan di bank.

"Kesemua rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira agama dan fahaman politik berhak menerimanya," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok. - BERNAMA





SP:  Alhamdulilah rezeki dari Allah. Terima kasih PM dan Kerajaan Barisan Nasional. Saya pasti pilih!!!!!



No comments:

Post a Comment

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.