Pagi tadi telah berlangsung Program Komuniti Malaysia Cergas bagi Kwasan Segambut. Program ini merupakan satu program di mana melibatkan pelbagai peringkat usia dan latar belakang peserta.
Program telah bermula seawal jam 7.00 pagi di mana peserta dalam anggaran 120 orang telah berkumpul di dewan Desa Segambut.
Acara telah dimulakan dengan senamrobik sebagai sesi pemanas badan. Kemudian peserta telah dilepaskan secara beramai di dalam acara larian sekitar Kawasan Desa Segambut dan Taman SPPK.
Program ini anjuran bersama Kelab Sukan Komuniti Segambut (KSKS) dan Jabatan Belia kawasan Kepong/ Segambut dan turut dihadiri oleh Puan Rosmawati binti Abdul Rafor, Pengerusi Pejabat Belia Kawasan Kepong/Segambut. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada peserta2 yang berjaya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.