Pemuda UMNO Bandar Tun Razak melalui Pergerakan Utusan Pemuda BTR telah mengambil inisiatif mengedarkan borang permohonan BR1M 2.0 kepada pengunjung2 sekitar Pasar Malam Sg Besi petang semalam. Turut turun bersama-sama mengedarkan borang tersebut adalah Ketua Pemuda UMNO Bhgn Bandar Tun Razak merangkap Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Mokhtar.
Sedikit info tentang Utusan Pemuda, unit ini ditubuhkan di setiap Pergerakan Pemuda bahagian-bahagian bertujuan untuk menjadi ejen penyebar maklumat atau sebarang input daripada pihak kerajaan kepada rakyat supaya rakyat akan lebih memahami sebarang program2 dan dasar2 kerajaan.
Lebih 2,000 keping borang telah diedarkan petang semalam. Sambutan dan maklumbalas yang diterima amatlah menggalakkan. Menurut Pengerusi program, Datuk Rizalman Mokhtar, Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak dan WP,
"Walaupun umum mengetahui pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh didaftarkan secara online, tetapi apa yg Utusan Pemuda lakukan adalah sebagai pemudah cara bagi rakyat utk memohon dan termasuklah membantu mengisikan borang tersebut".
"Walaupun umum mengetahui pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh didaftarkan secara online, tetapi apa yg Utusan Pemuda lakukan adalah sebagai pemudah cara bagi rakyat utk memohon dan termasuklah membantu mengisikan borang tersebut".
Menurut beliau lagi, program ini akan diteruskan di pasar-pasar malam yang lain pula di dalam kawasan Parlimen Bandar Tun Razak kerana masih terdapat segelintir individu yang berkelayakan yang masih tidak mengetahui mengenai BR1M 2.0 ini.
Pemberian BR1M 2.0 diperluaskan kepada penerima bujang (duda, janda juga termasuk di dalam kategori bujang seperti yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2013 yang lalu. Antara kriteria-kriteria untuk membolehkan anda menerima BR1m adalah seperti berikut:-
a) Bujang / balu / janda / duda
b) Tiada tanggungan
c) Berumur 21 tahun ke atas
d) Berpendapatan kasar bawah RM2,000
Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk
kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara online atau
secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0. Bagi penerima BR1M pusingan pertama yang ingin menukar butir-butir sebelumnya perlulah membuat pendaftaran semula.
SP: Harap2 semua yang mendaftar untuk BR1M 2.0 ni dah mendaftar juga dengan SPR sebagai pengundi. Bukannya apa, janganlah hanya harap kerajaan bagi macam2 tapi kita sendiri tak pernah menyumbang apa2 pun untuk negara. Fikir2kan dan selamat beramal!!!
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.