Wednesday, October 17, 2012

Chamil Wariya: Wartawan Senior Tidak Berprinsip?



Kita biasa mendengar penulis blog menafikan artikel yang disiarkan di blog mereka adalah hasil tulisan mereka apabila timbul satu2 masalah. Bagi SP itu lumrah kerana kebanyakkan penuis blog ini adalah penulis bebas yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi dan kebanyakkan daripada hasil kerja mereka tidak diiktiraf. Tetapi apabila seorang Wartawan Senior menafikan cerpen yang tersiar di akhbar adalah hasil tulisannya adalah agak memeranjatkan dan pelik kerana beliau bukanlah calang-calang wartawan.

Yang SP maksudkan adalah penulis cerpen Politik Baru YB J yang disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia keluaran 12hb Oktober 2008, Datuk Chamil Wariya. Umum sedia maklum Chamil Wariya adalah orang lama dalam bidang penyiaran dan kewartawanan. Beliau telah memulakan tugasnya sebagai kadet di Utusan Melayu pada tahun 1971 dan telah menyandang pelbagai jawatan penting sepanjang perkhidmatan beliau.

Cerpen Politik Baru YB J yang disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia itu telah mengundang kontroversi apabila Teresa Kok telah mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman akhbar Utusan Malaysia yang telah menyiarkan cerpen itu dan juga Datuk Chamil Wariya sebagai penulis cerpen. Chamil Wariya pada awalnya tidak mempunyai apa-apa bantahan terhadap cerpen yang disiarkan dan dengan senang hati telah menyunting sendiri cerpen tersebut sebelum disiarkan di dalam Mingguan Malaysia (Sila rujuk SINI)

Beliau juga sebelum ini telah menafikan cerpen itu ada kaitan dengan YB Teresa Kok seperti kenyataannya yang telah disiarkan melalui laman web Malaysiakini.

Cerpen 'Politik Baru YB J', yang mengisahkan pembunuhan seorang wakil rakyat wanita Cina, tidak kena-mengena dengan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti dakwaan DAP.

Penulisnya Datuk Chamil Wariya berkata cerpen itu "hanya rekaan semata-mata. Watak-wataknya adalah rekaan yang langsung tiada kaitan dengan mereka yang hidup dan mati."

"Ia hendaklah dibaca dan dinikmati sebagai sebuah karya kreatif – tidak lebih tidak kurang daripada itu," katanya kepada
Malaysiakini hari ini.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa cerpen awalnya itu "menganjurkan kekerasan dan bermain dengan api" kerana memuatkan babak pembunuhan ahli politik.
 
Malaysiakini 20 Oktober 2008


Namun kenapa baru-baru ini sumbang irama yang dibawakan oleh Chamil Wariya? Lagu yang beliau bawakan tak senada dan seirama dengan kenyataannya seperti di dalam Malaysiakini (Keluaran 20 Okt 2008) sebelum ini bilamana beliau mengeluarkan kenyataan terbaru melalui peguamnya bahawa karya pertama beliau itu telah diedit dan diubah oleh Utusan tanpa pengetahuan beliau sebelum disiarkan


Chamil's lawyer Zalil Mohd Mess in a statement of apology read out in the High Court today, said the article had been twisted by Utusan Malaysia's weekend edition, Mingguan Malaysia, without Chamil's agreement. 

"Not only has my work been twisted by Utusan Malaysia, I was not even consulted on the changes. 

"However, they used my name in the article and I was not paid a honorarium for the work,


Dimanakah kredibiliti dan tahap profesionalisme Chamil sebagai seorang wartawan senior apabila dengan senang hati beliau memohon maaf daripada Teresa dan meletakkan 100% kesalahan kepada Utusan? Ada apa2 perjanjian ke di antara beliau dan Teresa yang tidak diketahui sehingga membolehkan beliau menukar pengakuan beliau 4 tahun lepas? 


 Anda juga boleh baca di THE KL CHRONICLE, RBF ONLINE 


No comments:

Post a Comment

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.