Wakil rakyat PAS bagi
kawasan DUN Gaal, Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan
Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet negeri secara 'lembut'
telah menasihatkan pemimpin negeri yang sudah lanjut usianya untuk segera
berundur bagi memberi laluan pula kepada orang muda untuk meneruskan
perjuangan.
Menurut Dr Nik
Mazian, amat tidak wajar bagi pemimpin yang sudah tua melepaskan 'baton' ketika
lenguh di tengah jalan. Kenyataan tersebut lembut tapi sinis, jelas sekali
merujuk pada masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Menteri Besar Kelantan,
Nik Aziz Nik Mat.
Katanya lagi,
"Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita
inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti,
siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ?
"Kita mesti
timbulkan kepimpinan baru, muda-muda, hebat-hebat, sihat-sihat."
Sejak beberapa tahun
kebelakangan ini, Nik Aziz sememangnya agak kerap berulang alik keluar masuk
hospital, disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.
Nampak gayanya
kemuncak kerjaya politik Mursyidul Am PAS itu sudah hampir sampai ke
penghujungnya.
Masakan tidak,
apabila wakil rakyat PAS sendiri sudah bersuara mengungkit usianya yang makin
tua lanjut usia, bermakna itu satu signal penting yang sepatutnya mudah untuk
ditafsirkan sendiri oleh Nik Aziz.
Lagipun semenjak
Kelantan diterajuinya, tidak banyak perubahan besar yang tampak kelihatan hasil
jasa bakti pemimpin PAS itu, ada memang ada sekelumit dua misalnya pecah tanah
sana sini sambil menanam batu asas itu begini tapi setakat jadi tanda sajalah.
Mujurlah dek kerana
kemurahan hati para pemimpin Kerajaan Pusat meneruskan usaha-usaha pembangunan
dan menggandakan langkah membasmi kemiskinan di Kelantan, setidak-tidaknya
adalah juga sedikit sebanyak perubahan.
Harapnya teguran
terbuka dan saranan penuh sinis oleh pemimpin PAS dari Gaal, Pasir Puteh ini
tidaklah disalah anggap oleh para penyokong PAS sebagai mainan propaganda UMNO
pula.
Bukan kita tak tahu
dikalangan sesetengah penyokong dan ahli PAS, cukup pantang bila ada saranan
supaya Nik Aziz mengundur diri, tak semena-mena terus mereka melatah
menyalahkan UMNO. Sayang betul mereka dengan orang tua yang gemar menongkat
langit tu.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.