Tindakan biadap pada malam Ambang Kemerdekaan negara baru-baru ini telah mengundang reaksi dari pelbagai pihak. Ada yang marah dengan tindakan tersebut tak kurang juga ada yang menyokong perbuatan tersebut malah menganggap perbuatan tersebut adalah anak-anak muda yang berani dan inginkan perubahan.
SP tidak hairan apabila perbuatan biadab sewaktu perhimpunan Janji Bersih tempohari mendapat pembelaan daripada pemimpin-peminpin atasan Pakatan Haram. Rupa2nya memang itu adalah salah satu daripada agenda mereka apabila berjaya membentuk kerajaan kelak. Lihat gambar di bawah. ini adalah printscreen daripada laman sosial MP Pakatan. Sebelum ini beliau telah mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila meggelarkan Datuk Lee Chong Wei sebagai Lee Chong Away apabila beliau gagal nmembawa pulang pingat emas olimpik yang lepas.
Walaupun Manoharan sudah membuat permohonan maaf namun sebagai rakyat,
kita sendiri mengetahui apakah maksud disebalik permohonan maaf
tersebut. Ia dilakukan dalam keadaan terpaksa. Maka tidak hairanlah
apabila kejadian tukar bendera dibawakan bersama ke gelanggang rakyat di
Dataran Merdeka.
Kita sebagai individu yang mengaku diri sebagai rakyat Malaysia seharusnya lebih rasa bertanggungjawab menjaga imej dan nama baik negara di mata masyarakat dunia terutamanya sewaktu sesuatu perayaan seperti sambutan Ambang Merdeka di mana terdapat ramai pelancong asing yang turut sama menyaksikan sambutan perayaan tersebut. Bukannya menambah lagi imej negatif lebih2 lagi kesan daripada perhimpunan Bersih3.0 yang lepas masih segar lagi dalam ingatan.
Pandai pulak kita marah bila segelintir rakyat Indonesia membuat provokasi dengan membakar dan memijak Jalur Gemilang tetapi apa yang anak-anak muda ini lakukan di sini adalah sama sahaja dengan tindakan yang dilakukan oleh rakyat indonesia tersebut.
Membawa bendera yang bukan Jalur Gemilang sewaktu sambutan kemerdekaan negara adakah perbuatan yang harus dipuji? Mengedarkan risalah berbentuk hasutan bagi menukarkan JAlur Gemilang adakah perbuatan yang harus dipuji? Malu untuk mengibarkan Jalur Gemilang kerana ego politik semata2 adakah perbuatan yang harus dipuji? Rakyat Malaysia sendiri melakukan provokasi menukar Jalur Gemilang
kepada bendera yang seakan sama dengan negara Republik seperti Indonesia
dan Singapura. Apakah Pembangkang cuba membawa ideologi Republik di
dalam permainan politik mereka? Boleh rujuk SINI untuk mendapatkan gambaran/definasi sebenar tentang negara Republik.
Tepuk dada tanya hati. Apa yang kita mahu sebenarnya...........
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.