Pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) di sini hari ini didatangi oleh enam orang pegawai pendaftar pertubuhan (ROS) dan polis.
Menurut peguam
yang berada di pejabat SUARAM, Fadiah Nadwa Fikri, polis dan pegawai ROS
itu datang ke pejabat SUARAM pada sekitar 11:50 pagi tadi.
"Mereka cuba untuk masuk ke pejabat untuk melakukan siasatan, tetapi kami tidak benarkan.
"Setakat ini
mereka hanya berada di luar pejabat, dan kami masih tidak membenarkan
mereka masuk, keadaan masih lagi dalam keadaan terkawal," kata Fadiah
lagi.
Serbuan ini dikaitkan dengan dakwaan SUARAM menerima dana asing dan pertubuhan ini dikatakan mempunyai "akaun yang meragukan".
Badan hak asasi
manusia itu dikatakan menerima serangan kerana terus terlibat dalam
siasatan dari Perancis berkenaan penyelewengan wang bernilai berbillion
ringgit untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene.
Baca selanjutnya di THE KUALA LUMPUR CHRONICLES
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.