Dasar baru yang berkuatkuasa 2 Julai 2012 sebenarnya menindas kerana menutup peluang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana sudah pasti keutamaan akan diberikan kepada pemegang ijazah.
Tahniah kepada CUEPACS dalam raeksi segera menyifatkan tindakan SPA membernarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan diperingkat lulusan SPM sebagai suatu tindakan tidak relevan dan "langkah kebelakang".
Dasar SPA ini langsung tidak mencerminkan daya saing dalam kalangan pemohon yang berbeza kelayakan malah mendakwa ia adalah satu pembaziran.
Dasar seumpamanya pernah diamalkan dahulu, calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda layak memohon jawatan di peringkat SPM. Bagaimanapun, ia lebih banyak mendatangkan masalah berbanding menyelesaikannya….
Apa akan berlaku kepada calon yang memiliki diploma atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)…?.kalau nak kata calon Ijazah melambak tiada pekerjaan bagaimana mereka yang memiliki diploma, STPM dan SPM? Adakah masalah memenuhi ruang bekerja sudah dipenuhi untuk mereka sehingga diambil bahagian mereka untuk diserahkan kepada mereka yang memiliki ijazah?
Sekiranya calon memiliki ijazah tersebut menerima tawaran yang setimpal dengan kelayakan, sudah tentu dia akan meninggalkan jawatan SPM yang dimiliki. Kemudian, SPA perlu buat lagi temuduga untuk cari pengganti, ia adalah pembaziran dan menyebabkan kekecohan.
Ia bukanlah penyelesaian yang realistik kepada masalah 35,000 pemilik ijazah yang bekerja secara kontrak ketika ini…!!
Semenjak SPA mendapat Tan Sri Mahmood Adam sebagai Boss baru pada 19 Mei 2012, nampaknya dasar yang baru diperkenalkan ini terus mendapat kritikan dan bukannya pujian…!
Tak taulah tan sri mahmood ni bodoh sangat atau terlalu bijak. Tetapi bagi pu3 tindakannya ini tak bijak langsung! Membuat keputusan yang mencetuskan kontrovesi sekaligus menyusahkan hidup YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib!!!
Sepatutnya sebagai pegawai SPA tertinggi atau mana3 atasan kerajaan, mereka mempunyai tanggungjawab dalam membantu agar segala urus kerja YAB PM kita sentiasa didokong, dibantu oleh mereka yang boleh memainkan peranan menjayakannya .. Bukan menyusahkannya!
Pu3 tidak mahu melihat sebarang keputusan dimana akan berkesudahan dengan mengheret Najib menjadi seperti Badut ditertawakan oleh rakyat kerana silap langkah beberapa spesis pegawai atasan kerajaan yang BEB..AL!!
Belum redah kes Najib dimalukan kerana kesilapan bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam isu hangat SPBA, dahulu. Ini timbul pula kes baru!
Mahmmod sewajarnya membalas kepercayaan Najib terhadapnya walaupun Program 6P menemui kegagalan namun tetap terpilih mengetuai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Masuk je dah menunjukkan simptom-simptom menyusahkan pula.
Sebarang keputusan melaksanakan dasar yang tidak sesuai seperti yang baru baru ini diumumkan oleh SPA sebenarnya mengundang padah dan sebarang protes berkesudahan dengan BN akan kehilangan undi rakyat pada PRU ke 13.
Kata MIK : "Kesian sungguh kita menyaksikan kerja kuat dan usaha gigih Datuk Seri Najib dengan mudah dijahanamkan oleh spesis seperti individu bergelar Tan Sri Mahmood Adam…!"
Pu3 sedih, pegawai-pegawai kerajaan seperti Tan sri Mahmood adam yang hanya tahu akal nya konon nak advanted tetapi menyusah dan menambah beban kepada kerajaan sekarang terutama kepada Najib.
Rasanya, perlu ada penilaian semula lantikan pegawai pengurusan tertinggi kepada mereka yang banyak berkaitab dengan hubungan rakyat. Ini bukan kali pertama. Dah 2 kali!
Sumber: Blog Pewaris Anak Bangsa
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.