Tapi di Selangor, kerajaan negeri memandang remeh isu air dan lebih selesa bermain politik berbanding mencari penyelesaian jangka masa panjang demi kebaikan lebih 7 juta pengguna termasuk Kuala Lumpur & Putrajaya.
Laporan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) secara terperinci menyebut Selangor bakal berdepan dengan krisis air menjelang tahun 2014, sepatutnya tidak dipandang enteng begitu sahaja.
Malah laporan itu turut disokong pula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mengesahkan simpanan bekalan air bersih kini berada di tahap kritikal yakni hanya pada tahap 6 peratus sahaja..
Melihat pada sikap acuh tak acuh Kerajaan Selangor yang masih berdolak dalik dalam isu perlaksanaan projek Loji Rawatan Air langat 2 (Langat 2), jelas memperlihatkan kegagalan urus tadbirnya untuk memandang jauh ke hadapan.
Sedangkan tujuan pembinaan loji baru (Langat 2) tersebut bersama dengan terowong air melalui Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor (PPAMPS) bertujuan untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi sekaligus mengelakkan krisis air 1998 berulang.
Namun bila Kerajaan Selangor mengganggu kelancaran projek tersebut, akibatnya hingga kini beberapa kawasan Lembah Klang termasuk Selangor ada yang terpaksa menghadapi catuan air memandangkan rezab simpanan air di seluruh loji rawatan air bersih semakin berkurangan.
Andaian Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kononnya bekalan air bersih mampu bertahan hingga tahun 2019 bukan sahaja tidak disokong oleh fakta, sebaliknya sengaja mahu meredakan kegusaran orang ramai saling tidak ubah seperti tindakan dangkal menyapu sampah ke bawah karpet.
Hakikatnya daripada 33 loji rawatan di seluruh Selangor yang membekalkan air bagi seluruh Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, hanya beberapa loji rawatan air sahaja yang masih beroperasi di bawah paras pengeluaran maksima.
Salah satu darinya ialah loji rawatan air di Sungai Rasa yang beroperasi pada tahap pengeluaran 138.71 JLH sedangkan tahap pengeluaran maksimanya ialah 250 JLH (Juta Liter Sehari).
Bagaimanapun disebabkan beberapa loji rawatan air yang sedang beroperasi bawah tahap sebenar ini tidak memiliki paip penghubung yang membolehkannya membekalkan air ke kawasan lain.
Sebahagian besar loji rawatan air yang lain pula terpaksa beroperasi melebihi tahap maksima antaranya loji rawatan air Sungai Langat yang mengeluarkan sejumlah 447.42 JLH berbanding 386 JLH kemampuan sebenarnya.
Loji rawatan air Sungai Semenyih pula membekalkan 665.92 JLH air bersih sedangkan kemampuan rekabentuk hanyalah untuk 546 JLH sahaja.
Loji-loji yang beroperasi melebihi kemampuannya lama-lamaan akan menghadapi masalah yang sekiranya berlaku serentak misalnya, beban kesusahan bukan sahaja dihadapi oleh rakyat malah kesannya menjejaskan operasi kilang-kilang yang menjana ekonomi negeri.
Secara keseluruhan, pengguna di Lembaha Klang menggunakan sejumlah 4,219 JLH manakala jumlah air bersih yang mampu dibekalkan oleh semua 33 loji rawatan air tersebut cuma 4,326 JLH.
Saban hari permintaan akan terus meningkat dan selagi tiada loji baru segera disiapkan, bermakna bila-bila masa sahaja para pengguna dan aktiviti ekonomi perkilangan akan menghadapi krisis yang lebih teruk.
Bukankah jelas di sini tindakan dolak dalik Kerajaan Selangor menangguhkan perlaksanaan projek langat 2 bukan sahaja bakal meningkatkan kos pembinaannya malah seumpama menjemput bala kepada rakyatnya.
Apakah ini yang kita kehendaki?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.