Monday, May 7, 2012

UITM TIDAK LAGI SESUAI UNTUK ORANG SEMACAM KHALID ISMATH #AmanKampus #Bersih3

Setelah bermacam-macam bentuk kelakuan buruk yang ditunjukan oleh mahasiswa seperti Khalid Ismath maka lebih elok mahasiswa ini berhenti sahaja pengajiannya di UITM.

Pada hermat penulis, pertama, kerana beliau seorang mahasiswa UITM yang bukan mewakili kesuruhan semua pelajar UITM, yang berjuang untuk parti longkang seperti Pakatan haprak.

Kedua kerana beliau telah mengheret sekali nama UITM dan mahasiswa UITM yang lain dengan pendekatan busuk yang ditonjolkan dengan terlibat dalam insiden menendang polis dan cuba membuat ugutan kepada pihak PDRM.

Ketiga, untuk apa beliau berpayung dengan UITM , sedangkan segala peraturan universiti, etika sebagai pelajar Universiti serta larangan sebagai mahasiswa untuk tidak terlibat dalam gerakan pelampau jelas beliau ingkari.

Ada baiknya, mahasiswa seperti ini dibuang terus dari UITM, supaya pemikiran kotornya tidak akan melibatkan pelajar-pelajar yang lain yang tahu untuk bersyukur.

Pelajar UiTM Tendang Polis Dibebaskan

Polis mengesahkan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath, 22, yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam rusuhan semasa perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di ibu negara, pada 28 April lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata Khalid dibebaskan kira-kira pukul 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Pelajar itu disiasat kerana didakwa melakukan kekacauan dan rusuhan yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta awam.

“Pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan bagi proses tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap Khalid dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata polis sudah selesai menjalankan siasatan ke atas laporan terhadap Khalid membabitkan kejadian menendang anggota polis trafik serta melakukan rempuhan ke atas polis semasa perhimpunan itu.

Beliau menambah siasatan berhubung dakwaan Khalid mengeluarkan kenyataan ugutan kerana ‘ingin membunuh polis’ di dalam laman sosial Facebook miliknya akan disiasat oleh Polis Kontinjen Selangor.-Mstar


Baca selanjutnya di KHAZANAH MINDA POLITIK MELAYU

No comments:

Post a Comment

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.