Khamis lalu peniaga yang diketuai IKHLAS,sebuah NGO pacak gerai burger di situ sebagai tanda protes mata pencarian mereka terjejas akibat demo Bersih yang cetus kekacauan pada 28 April lalu.
Pagi Selasa lagi sempoi.Seramai 15 veteran bekas tentera telah membuat senaman ‘gelek punggung’ selama kira-kira 20 minit di atas jalan depan rumahnya.
Mereka adalah dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang diketuai oleh Mohd Ali Baharom.
Beliau berkata mereka sebagai bekas tentera ada hak untuk melindungi negara ini dari dicemar oleh musuh.
Menurut beliau selain protes demo Bersih, senaman gelek punggung itu juga sebagai membantah Ambiga yang dikaitkan dengan gerakan seks bebas.
Aksi protes mereka bermula jam 8.30 pagi.
Kebetulan Ambiga yang hendak keluar pergi mahkamah bersua dengan mereka depan rumah itu.
Mereka tunjuk sepanduk kad manila memprotes tindak tanduk Bersih dan Datuk Seri Anwar Ibrahim padanya.
Mohd Ali mengingatkan Ambiga jangan berbuat sesuatu yang boleh rosakan nama negara.
Katanya mereka akan bertindak jika begitu halnya.
Beliau meminta Ambiga tolong sampaikan kad sepanduk itu kepada Anwar.– OLEH MOHAMED HIEKAL – 15/5/2012
Sumber: Agenda Daily
SP: Hahaha lama2 Ambiga lak kena tekanan emosi. Tulah sape suruh buat hal.............................
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.