Pemerintah kuasa besar dunia, Parti Komunis China (CPC) menyampaikan ucapan tahniah kepada anggota Majlis tertinggi dan ahli-ahli parti sempena ulang tahun UMNO yang ke-66 tahun.
Kawat tahniah tersebut telah disampaikan sendiri oleh delegasi seramai sepuluh orang dari CPC yang diketuai Wu Shumin selaku Ketua Pengarah Pusat Perhubungan Antarabangsa CPC dengan harapan agar UMNO terus menjadi peneraju kesejahteraan dan keharmonian negara.
“Sejak dari awal lagi, UMNO tidak pernah jemu dan terus berusaha memastikan kesinambungan kedaulatan, kebebasan dan perpaduan di Malaysia,” katanya dalam kunjungan hormat kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Ujarnya, CPC mengagumi perjuangan UMNO dalam mempromosikan perpaduan khususnya keharmonian dalam pelbagai kaum dan etnik dengan kesatuan dalam kepelbagaian.
“Sebagai parti politik yang terbesar di Malaysia, UMNO telah berjaya meningkatkan taraf hidup masyarakat di negara ini dengan pembangunan ekonomi nasional selain program-program jangka panjang yang sangat berkesan,” katanya.
Beliau turut mengimbas semula hubungan antara UMNO dan CPC berlangsung akrab malah sejak tahun 1994, delegasi antara kedua-dua parti saling berkunjung sambil bertukar-tukar idea dan berkongsi pengalaman dalam soal politik pembangunan untuk diaplikasikan di negara masing-masing.
“Kita bukan hanya mahu berkongsi idea tetapi juga mempelajari struktur perkembangan UMNO yang telah berjaya membawa negara ini dikagumi dipersada antarabangsa biarpun hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum.”
Lantaran untuk ikatan yang lebih akrab, ianya dimetrai melalui memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua parti yang berlangsung dalam suasana harmoni di Bangunan Perhubungan Antarabangsa CPC, Beijing pada 4 Ogos 2010.
Menerusi memorandum itu juga UMNO dan CPC bersetuju mengembangkan hubungan berdasarkan prinsip-prinsip kemerdekaan, hak kesamaan mutlak, saling menghormati dan bersetuju untuk tidak mencampuri hal ehwal dalaman masing-masing.
Delegasi CPC tersebut adalah antara parti-parti politik yang akan bersama-sama dalam acara kemuncak meraikan sambutan ulang tahun UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sebelum itu, Sri Lanka Freedom Party yang diwakili oleh M. Fawzan Anwer Dan Jehan Amaratungga turut mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Seri Tengku Adnan di pejabatnya, Menara Dato Onn selain akan turut serta dalam sambutan ulang tahun UMNO esok.
Antara parti-parti asing yang telah mengesahkan kehadiran ialah People’s Action Party (Pap) Of Singapore dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS). – MediaUMNO
Sumber: GERBANG TEMPUR PUTERI
Sumber: GERBANG TEMPUR PUTERI
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.