Tuesday, May 8, 2012

Hello Sir @limlipeng Bila Nak Selesaikan Masalah Banjir di Segambut? @JDB27 @princeszzfionna @MiszNury #YBMalas #BN4Segambut


Sebelum ini SP pernah menulis tentang kejadian banjir di Kampung Segambut Bahagia yang terjadi dalam tempoh masa tak sampai 2 minggu. Para pembaca boleh melihatnya di sini. Baru-baru ini sekali lagi kampung tersebut dilanda banjir selepas hujan lebat yang berpanjangan.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, Ahli Parlimen Segambut, YB Lim Lip Eng tidak turun menjenguk atau meninjau masalah yang menjadi punca kawasan tersebut banjir sedangkan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DAP Parlimen Segambut terletak berdekatan dengan kawasan yang dilanda banjir.

Adakah kerana kawasan tersebut adalah kawasan majoriti pengundi Melayu? Atau adakah kerana kawasan tersebut bukan kawasan pengundi "High end" seperti di Damansara Heights atau TTDI maka masalah mereka dipandang sepi? Nak tunggu BN atau UMNO yang selesaikan ke?

Nampak gayanya PRU13 ni Orang2 Segambut semua kita pakat2 undi BN semula untuk mentadbir Segambut. YB kita ni sibuk dengan isu2 di tempat lain.




1 comment:

  1. Blog ni tak telus la.. komen dgn berfakta pun boleh kena delete. Kalau fitnah PR mesti takde masalah kot??

    ReplyDelete

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.