Tuesday, May 15, 2012

FAKTA Tentang PTPTN Yang Mahasiswa Banyak Tak Tau


Aku baru2 ni pergi ke PTPTN untuk dapatkan surat kebenaran mengeluarkan duit dari akaun kedua KWSP, untuk langsaikan hutang belajar aku.

Semasa menunggu giliran, aku teringatkan ada sorang abang kat tempat kerja aku ni penyokong tegar PAS. Semua usaha2 kerajaan dia pertikaikan, itu tak kena, ini tak kena. Orang FELDA dapat durian runtuh, dia tuduh kerajaan akan jual tanah la, rakyat dapat duit BR1M pun dia tuduh kerajaan nak ambik hati rakyatlah. Seolah2 dia saja yang betul, dia sorang je baik.

Bila melihatkan prestasi dia kat tempat kerja yang maintain je tak naik2, dan sikap dia yang memang suka komplen kawan2 sekerja lain especially bos, so aku tak heranlah bila dia duk komplen apa jua yang kerajaan buat untuk rakyat - semua bagi dia salah. Hari tu, ada member sekerja kitorang ni dapat khabar gembira sebab dia tak payah bayar hutang PTPTN dia sebab dia dapat ijazah kelas pertama. Abang yang menyokong PAS tu buat muka kehairanan bila dengar member kitorang ni tak payah bayar hutang PTPTN, lalu dia pun tanya la,

"Bila kerajaan kata orang yang dapat first degree ni tak payah bayar PTPTN? Baru lagi ke?"

Pada sangkaan aku, mesti dia nak cakap yang kerajaan baru je buat peraturan ni sebab nak PRU. So aku cepat2 la menyampuk dan bagi fakta aku,

" Dah lama dah. Ramai orang Melayu tak tau sebab 3 ribu orang je tak payah bayar, orang Cina 11 ribu orang".

Aku tengok muka abang penyokong PAS tu dah terkulat2 bila dengar ayat aku "ramai orang Melayu tak tau" tu. Nasib baik aku tak cakap "Ramai Melayu PAS yang tak tau". Nanti sentap pulak kan.

Sebab tulah aku kata, kebanyakan penyokong PAS ni tak tau apa yang diorang bencikan. Tak tau sebenarnya apa yang diorang tak suka. Kita kalau tak suka sesuatu, kita mesti tau la apa yang kita tak suka tu, bukan duk ikut orang je. Orang lain duk golek atas jalan, kita pun ikut sekali sebab nampak macam seronok. Tak ke b***h namanya tu.

Lamunan aku terhenti apabila nombor giliran aku dipanggil. Selain daripada urusan untuk dapatkan surat kebenaran mengeluarkan akaun kedua KWSP, aku jugak ambik kesempatan untuk bertanya lebih lanjut mengenai sistem ujrah yang PTPTN baru je laksanakan untuk peminjam2.




Sistem ujrah atau dengan nama lainnya sistem pinjaman Islam ini disasarkan kepada peminjam yang mendapat pinjaman PTPTN selepas tahun 2008, dengan mengurangkan caj faedah daripada 3% kepada 1%. Apabila peminjam telah ambik keputusan untuk tukar kepada sistem ujrah, perjanjian yang lama akan terbatal dan perjanjian yang baru akan dibuat dengan mengira semula tempoh pembayaran iaitu 10 tahun. Memang sama macam perjanjian lama, tapi yang bagusnya caj faedah dah berkurangan dan tempoh lebih panjang. Contohnya ;

Ali grad tahun = 2008
Tahun yang sepatutnya Ali habis bayar pinjaman = 2018
Caj faedah (kos pentadbiran) = 3%

Tapi oleh kerana Ali masih tak habis2 bayar sebab tak pandai manage kewangan, Ali bercadang untuk tukar pinjamannya kepada sistem ujrah ;

Perjanjian baru (sistem urah) = 2012
Tahun yang sepatutnya Ali habis bayar pinjaman = 2022
Caj faedah (kos pentadbiran) = 1%

Fikir logikla, takkan dah kerja 10 tahun pun tak mampu lagi nak bayar? Ni pulak kalau dah ambik sistem ujrah, tambah lagi 10 tahun, takkan tak boleh habis bayar kot? Nampak benor nipunyer ... beli kereta Honda boleh, takkan bayar PTPTN tak boleh? (sendiri terasa, beb)

Tapi aku punya pinjaman ialah tahun 2002, orang kat PTPTN tu kata takde masalah pun kalau aku nak mohon sistem ujrah ni. Semuanya terpulang pada budi bicara pihak PTPTN lah kan. Nak seribu daya kata orang2 tua.

Antara soalan2 lain yang aku tanya kepada PTPTN ialah adakah aku akan dikenakan potongan gaji apabila aku start je mohon sistem ujrah ni? Orang PTPTN tu kata tidak, tak semestinya. Nak buat potongan gaji boleh, nak buat bayaran sendiri pun boleh. Dengan kata lain, nak bayar selalu bagus, nak bayar sekali sekala pun takpe. Tapi jangan laa sampai tak bayar langsung.

Aku pun mintak jugak orang PTPTN tu check nama aku, dah blacklist ke belum sebab aku cuma bayar 1% je selama ni dari jumlah hutang aku. Orang tu kata belum. PTPTN bukan suka2 hati nak blacklist peminjam, MELAINKAN ;

- Peminjam TAK PERNAH BAYAR LANGSUNG HATTA RM1 sejak habis belajar
- Peminjam tak dapat dikesan (alamat rumah, no. telefon, tempat kerja tak update - MIA)

Satu perkara yang orang Malaysia ramai buat ialah, TAK BACA SYARAT2 PINJAMAN SEBELUM MENANDATANGANI SURAT PERJANJIAN. Kita ni kalau pinjam untuk pelajaran ke, kereta ke, rumah ke, untuk business ke, kita pinjam dengan manusia jugak, bukannya robot atau komputer. Pihak yang beri pinjaman selalunya akan ada budi bicara dengan si peminjam, mampu ke tak nak bayar dalam tempoh sekian2. Sama macam along jugak, depa pun akan bincang kalau si peminjam nak extend tempoh pinjaman. Tapi bunga naik riban2 la .. hehehe.

Bila melihatkan ramai segelintir mahasiswa Melayu yang meroyan golek2 atas jalan sebab nak PTPTN dihapuskan, aku terfikir, depa ni tak tau malu ke, dah pinjam tapi tak nak bayar. Aku gerenti yang meroyan tu ialah golongan pelajar yang pointer depa bukan first class, sebab tu kena bayar balik pinjaman PTPTN.
Bila mai bab hutang2 ni, teringat ustazah cakap, kalau kita tak bayar hutang orang, kat akhirat nanti kita kena bayar hutang orang yang kita berhutang tu dengan pahala kita. Kalau pahala kita tak cukup atau dah zero, kita kena tanggung dosa orang yang beri kita hutang tu. Ya Allah, dosa aku sendiri tak tertanggung, ni nak tanggung dosa orang pulak. Idok le ... so selagi aku berduit ni, aku berniat aku nak bayar la walaupun sikit2, nanti lama2 habislah. Daripada tak bayar langsung kan?

Bila dah bekerja ni, aku tak setuju kalau kerajaan berniat nak hapuskan PTPTN, sebab aku tak nak bayar cukai tinggi semata2 nak tanggung mahasiswa yang belum tentu menjadi. Lagi sakit hati aku kalau duit cukai aku tu untuk tanggung mahasiswa macam Adam Adli tu, tuih! Boleh blah. Sendiri pinjam, sendiri bayar. Kalau rasa tak mampu nak pinjam, buat kerja part time. Ramai je aku tengok yang sanggup kerja part time kat 7 E, panggung wayang dll semata2 nak tanggung duit yuran, elok je, takde yang mati pun. Nak seribu daya. Yang tak nak tu yang terlebih manja. Yang terlebih manja ni lah yang buat aku menyampah.

Dah tau rasa sakit nak bayar hutang PTPTN tu, janganlah duk berlagak kaya. Ni aku tengok, ramai mahasiswa yang biar papa asal bergaya, handset pakai Iphone, guna duit PTPTN beli Ibox, yang perempuan duk shopping sakan, baju, kasut, makeup bagai. Hujung bulan makan maggi.




Nak PTPTN free, boleh. Belajar sungguh2 sampai dapat first class degree, bukan belajar main2 lepas tu duk ikut Anwar berdemo kat jalan raya. Lagi satu aku nak bagitau, kita kalau nak buat seseorang jadi contoh atau role model, kita kena tengok jugak latar belakang orang tu, elok ke pelajaran dia, habis belajar ke tidak. Kalau jadikan Anwar tu sebagai role model mahasiswa, rentikanle .. memang aku akui dia petah berkata2 lagi2 bila nak menipu, tapi kalau pelajaran entah ke mana, tak guna jugak. Mahasiswa Melayu ni kena bersyukurlah sikit bila kuota kemasukan ke IPTA untuk pelajar2 Melayu (Bumiputera) masih kekal 55% hingga ke hari ini. Kalau takde kuota 55% tu, dimanakah kedudukan pelajar2 Melayu hari ini?


Sumber: BUKAN SEKADAR POLITIK




SP: Saja nak share dengan Mahasiswa yang tau dok enjoy je dengan duit ptptN tapi lepas tue takmo bayar

5 comments:

  1. aku pon rasa PTPTN tak perlu dihapuskan. tapi apa yg aku minta PTPTN contohi pinjaman MARA. pointer 3.0 ke atas dpt potongan beberapa peratus ikut pointer pelajar. Bdk excellent memang dah sama je dgn ptptn jadi biasiswa. dan 1% ujrah tu tak perlu la. takkan kerajaan tak mampu nak tanggung kos upah kot. sama je la dgn badan2 lain. bila pelajar hanya bayar jumlah yg dipinjam atau klu bonus kurang c kit jika hampir first class degree MESTI ramai yg bayar.. walaupon ada yg perangai mcm hantu liat tapi berkurang byk la... time tu klu orang bangkit isu PTPTN pon tak dak sapa nak sokong dah.. sbb terbukti PTPTN utk tolong pelajar. yg menjadi pertikaian pelajar ialah kenapa perlu ada faedah jika MEMBANTU? aku dah selesai dgn PTPTN & berterima kasih dgn bantuan ptptn kerana bagi FREE. kesian aku tengok kwn2 yg setia bayar tapi baki kurang sikit sgt akibat Caj lain yg dikenakan

    ReplyDelete
  2. aku setuju dengan ko.....terbaik la mara

    ReplyDelete

  3. Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    ReplyDelete
  4. Halo semuanya, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warga negara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran nyata kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman online untuk berhati-hati karena internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya benar-benar membutuhkan pinjaman , karena keuangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya sangat ingin mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sampai seorang teman saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberi tahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ny. ESTHER PATRICK Manajer cabang dari Access loan Firm, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman Rp600.000.000 dalam waktu kurang dari 12 jam dengan tingkat bunga 2% dan itu mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya di rekening bank saya setelah Nyonya. LADY ESTHER telah mentransfer pinjaman kepada saya, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah Rp600.000.000 yang saya terapkan telah dikreditkan ke rekening bank saya. dan saya punya buktinya dengan saya, karena saya masih terkejut, emailnya adalah (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk pekerjaan yang baik, LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberi tahu dan membagikan kesaksian saya tentang LADY ESTHER, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) silakan hubungi LADY ESTHER Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini tetapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk memberi tahu orang lain tentang dia, Dia menawarkan semua jenis pinjaman baik untuk perorangan maupun perusahaan dan juga saya ingin Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis yang baik dan besar di kota saya, Semoga Tuhan Yang Mahakuasa terus memberkati LADY ESTHER atas pekerjaannya yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong lakukan dengan baik untuk meminta saya untuk rincian lebih lanjut tentang Ibu dan saya akan menginstruksikan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

    ReplyDelete
  5. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Kota: _______________ Malaka
    pekerjaan: _ Pemilik bisnis
    Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya melamar Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

    Aplikasi / Pusat Kontak
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.