Dan sebagai hamba abdi yang setia lagi dungu, puak-puak PAS dan PKR pun turut sama menunjuk sokongan terhadap para pengkhianat Cina yang tegar melindungi kepentingan negara asal nenek moyang mereka dalam memonopoli pengeluaran nadir bumi.
Untuk yang masih kabur mengenai punca sebenar penentangan terhadap Lynas, sila ambil maklum bahawa Negara China merupakan pengeluar nadir bumi terbesar iaitu 97% dari bekalan dunia dan pembukaan kilang Lynas di Malaysia akan menjejaskan monopoli mereka.
Sehubungan dengan itu, Himpunan Hijau, pencinta alam dan risiko pendedahan radioaktif semuanya hanyalah 'gimmick' semata-mata kerana mereka sebenarnya tahu bahawa kilang Lynas adalah kilang kimia biasa yang telah menepati standard keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa.
Namun, demi semangat keChinaan DAP dan semangat mengampu Cina puak-puak PAS dan PKR pun berikrar untuk terus menentang Lynas. Seperti biasa, masjid menjadi pilihan mereka untuk membuat demonstrasi untuk tujuan ini. Dan seperti biasa juga, masa demonstrasi yang paling digemari ialah selepas solat Jumaat dan kali ini, ialah pada 13 April, Jumaat ini.
Pelik sekali kerana yang paling kuat menentang Lynas adalah kaum Cina, tetapi kenapakah demonstrasi ini tidak diadakan di gereja atau di tokong Cina? Kenapa masjid yang menjadi pilihan mereka untuk membuat kekecohan?
Apakah kerana kaum Cina tidak akan sekali-kali membenarkan tempat sembahyang mereka dicemarkan dengan politik kerana mereka sendiri tahu bahawa isu Lynas adalah isu politik dan bukannya isu kemanusiaan atau alam sekitar?
Jelas sekali bahawa puak-puak PAS dan PKR tidak menghormati masjid dan dengan sengaja menggunakan solat Jumaat sebagai alat mengumpul orang ramai untuk tujuan berpolitik. Sekali gus, tindakan ini juga menjadikan mereka sebagai bersubahat dengan pengkhianat yang ingin mengsabotaj ekonomi negara sendiri.
Dunia sedang bergelut mencari bekalan nadir bumi. Di Amerika sahaja permintaan bagi sumber ini adalah antara 15,000 dan 18,000 tan setahun. Nadir bumi digunakan untuk membuat berbagai-bagai alatan termasuk magnet paling berkuasa sehinggalah kepada teknologi tinggi seperti telefon bimbit dan alatan komputer.
Sumber nadir bumi adalah penyebab kenapa barangan elektronik boleh dihasilkan dalam saiz yang teramat kecil. Ia juga digunakan untuk membuat mesin atau produk yang mesra alam antaranya, sebiji bateri dalam Toyota Prius mengandungi lebih 20 paun elemen lanthanum dari nadir bumi. Selain itu, ia juga digunakan untuk menghasilkan keperluan ketenteraan seperti teropong dengan pandangan malam (night-vision goggles), peluru berpandu dan berbagai-bagai senjata lagi.
Maka, terbuktilah bahawa nadir bumi merupakan sumber semulajadi yang amat penting di zaman ini, sama seperti minyak dan gas. Sekali gus menunjukkan bahawa menentang operasi kilang Lynas adalah sama seperti menolak rezeki iaitu satu tindakan yang amat bodoh sekali.
Kaum Cina punya agenda sendiri untuk menjaga kepentingan negara asal nenek moyang mereka, tetapi kaum Melayu dari PAS dan PKR yang terhegeh-hegeh berdemonstrasi demi kepentingan orang lain sehingga mencemarkan masjid, tempat ibadah sendiri adalah manusia yang paling baghal kalaupun tidak jahil.
Hakikatnya, kilang Lynas adalah tidak merbahaya dan ia telah pun disahkan oleh badan-badan antarabangsa. Belum ada sejarah di mana kilang-kilang yang memproses nadir bumi di Amerika, Rusia, Perancis, Australia, India mahupun China sendiri yang pernah mengalami bencana sehingga menyebabkan pencemaran radioaktif di negara mereka.
Justeru, bukankah ini membuktikan bahawa penentang-penentang Lynas sememangnya mempunyai agenda tersendiri yang melangkaui publisiti politik?
Sumber: Blog Bersih 3 Suku
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.