Monday, April 2, 2012

KBBGate - Kenapa @AnwarIbrahim Takut Dengan Sapina?


KALAU dihitung jumlah saman yang dikemukakan Anwar terhadap orang-orang tertentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlahnya memang mampu menggegarkan jiwa. Maksud Beruang jumlah saman dan jumlah wang yang dituntut dalam saman tersebut.

Itu sahaja memberikan gambaran seolah-olah Anwar seorang yang patuh kepada undang-undang dan hanya akan merujuk kepada Mahkamah jika ada pertikaian berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tertentu yang dirasakan mampu mencalarkan imejnya.

Kata kuncinya disitu ialah patuh kepada undang-undang.

Tapi dalam soal hadir ke Mahkamah sebagai saksi bagi kes saman membabitkan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe dan Hong Leong Bank ini, Anwar dilihat bersungguh-sungguh sangat nak mengelak. Bernama melapurkan peguam bagi pihak plaintif D Paramalingam mengekori Anwar 2 hari di Parlimen tapi masih gagal untuk menyampaikan saman.

Hari pertama kerana tidak berjumpa, hari kedua sudah berjumpa tapi Anwar enggan menerimanya.

Sedangkan seorang lagi yang turut dinamakan dalam saman tersebut, Tan Sri Quek Leng Chan telah menerima sapina dan dilapor akan mengemukakan permohonan untuk menolak sapina tersebut. Kenapa Anwar tidak mengikut jejak langkah yang serupa, itu yang merungsingkan. Dengan sebilangan peguam handal yang ada disekelilingnya, apa susah sangat ke nak menerima sapina dan kemudian kemukakanlah permohonan untuk menolak sapina tersebut di mahkamah.

Hal ini sebenarnya mengingatkan Beruang kepada sapina yang pernah dikemukakan peguam Anwar terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam kes Anwar meliwat Saiful Bukhari. Perdana Menteri menerima sapina tersebut tapi kemudiaanya mengemukakan permohonan untuk menolak sapina yang jelas bermotifkan politik itu. Apa kata Anwar dan penyokongnya masa itu? Najib penakut dan sebagainya kan?

Sekarang Anwar nak terima sapina pun enggan, itu kita nak berikan nama apa yang sesuai? Pengecut, takut, ayam?

Begitu juga halnya dengan saman RM 100 juta ke atas Datuk Nallakarupan dan Utusan Malaysia, sehingga artikel ini ditulis, masih tidak ada bayang yang writ saman tersebut telah diserah kepada 2 defendan yang dinyatakan pada awalnya.

Macam mana perbicaraan nak berjalan kalau writ saman tidak diserahkan? Kenapa tidak diserahkan, takut juga ke?

Beruang rasa, semua ini membuktikan bahawa Anwar bukannya berminat nak patuh pada undang-undang. Dia hanya mahu kelihatan begitu (patuh pada undang-undang) sedangkan hakikatnya dia lebih berminat menyalahgunakan proses undang-undang bagi memberi kelebihan kepada cita-cita politiknya yang lebih besar – menjadi Perdana Menteri.

Kata lawan tetap lawan?

Isu KBBGate ini bukan kecil, ia isu besar. Dari segi jumlah wang telibat pun, ia mengatasi apa jua jumlah ‘salahguna’ wang yang dituduh kepada pemimpin UMNO sekarang. RM 445 juta yang dibayar bagi transaksi penjualan yang tidak berlaku itu merupakan isu yang penting untuk Anwar jawab. Apatalah lagi wang RM 445 juta itu dilupuskan dengan menggunakan wang rakyat apabila kerajaan membeli hutang-hutang lapuk dari bank sebagai sebahagian usaha pemulihan ekonomi sepanjang krisis ekonomi dari 1998 hingga 2000.

Atau sistem kewangan negara akan runtuh kerana bank-bank tidak mempunyai pusingan modal untuk memberi pinjaman seterus menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Dari segi nilai pun berbeza, RM 445 juta dahulu (1998) dan sekarang. Jadi penting untuk Anwar menjawab dan penting juga UMNO untuk mengkaji hal ini dengan serius kerana Beruang yakin, dengan sindrom UMNO fobia yang dialami Anwar sekarang, tidak mustahil dia akan menuduh UMNO ada terlibat dimana-mana.

Lebih-lebih lagi bila dia adalah Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu.


BeruangBiru






No comments:

Post a Comment

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.