''Terima Kasih..''
Itulah ucapan yg didengari sepanjang berlangsungnya penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Parlimen Segambut.
Bagi sesetengah orang, ucapan tersebut mungkin perkara biasa tetapi bagi petugas-petugas yg menjayakan penyampaian BR1M, ucapan itu merupakan penghargaan yg paling berharga diterima.
Ucapan yg sama juga pernah didengari oleh pengundi-pengundi selepas Pilihanraya Umum 12, iaitu kemenangan wakil rakyat Parlimen tersebut iaitu Lim Lip Eng dari DAP.
Semenjak daripada itu, HARAMMM nak nampak batang hidung dia di kawasan Segambut yg terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu dan India.
Tmn Tun Dr. Ismail dan Damansara juga termasuk dalam Parlimen Segambut. Maka tidak hairanlah mengapa si Lim Lip Eng mengabaikan kawasan Segambut.
Mungkin juga beliau ingin menjaga orang-orang yg berpengaruh di kawasan high class level di TTDI @ Damansra dan mangsanya masyarakat majmuk yg berpendapatan sederhana di Segambut dibiarkan begitu saja tanpa pembelaan.
Cerita Menarik & Panas
Ada sepasang suami isteri mengaku diri mereka berstatus Tan Sri dan Puan Sri dengan angkuhnya memotong barisan penerima RM500 (baucar kpd cash).
Dengan poyonya berkata, dia datang utk ambil bagi pihak ibunya di rumah yg tak larat nak datang.
Huhu soalnya, adakah si ibu tersebut menanggung segala isi rumah? Walaupun anaknya tersebut berstatus Tan Sri? Hehe..tamak.
Begitulah ragamnya BR1M.
Di penghujung cerita, of kos lah UMNO dan Barisan Nasional yg akan memperjuangkan dan membela nasib rakyat di mana-mana saja. Kalo tidak BN yg tolong, PAS atau PKR ker nak tolong?
Undi Pakatan, UMNO Buat Kerja.
BN Bagus !~
Sumber: Blog Rezqeen Hill
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.