Adik-adik dan Rakan Seperjuangan Puteri sekalian,
Pada hari ini, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia akan Menyambut Ulang Tahun ke 9 penubuhannya. Dalam usia sebegini, begitu banyak cabaran yang terpaksa di hadapi dan begitu banyak pengalaman yang telah dikutip. Namun, semua cabaran-cabaran ini mematangkan Puteri dalam menghadapi pelbagai ranjau realiti dunia politik. Puteri haruslah menjadi sayap yang kental, cekal dan tabah menghadapi bukan sahaja cabaran politik semasa malah adakalanya masalah perpecahan dalaman sendiri.
Dalam usia kematangan ini, saya tidak segan atau malu untuk menyentuh mengenai perpaduan di kalangan ahli-ahli Puteri. Perpaduan ini adalah asas kepada kekuatan dan kesatuan ahli yang menjadi satu tiang penting untuk menongkat bumbung kesetiaan. Perpaduan juga adalah antara agenda penting untuk menggerakkan parti ke hadapan dalam merencanakan aktiviti dan program yang bersesuaian dan selari dengan agenda parti. Seperti kata pepatah bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi, perpaduan haruslah datang dari semua pihak. Saya tahu bukan mudah untuk kita memperkasakan agenda perpaduan ini, tapi saya yakin perpaduan di dalam Puteri UMNO Malaysia telah dicapai dengan baik bersandarkan kepada kejayaan pelaksanaan dasar, program dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang 9 tahun ini.
Namun begitu, di kesempatan ini juga, saya juga ingin menyeru kepada semua ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO Malaysia samaada di peringkat cawangan, bahagian, Negeri malah di semua peringkat agar melupakan agenda peribadi yang boleh merosakkan Puteri. Agenda-agenda peribadi yang tidak membawa untung malah membawa rebah kepada Puteri perlulah ditolak ke tepi. Dalam pada kita hendak menarik golongan muda dan menumpukan kepada usaha untuk Pilihanraya Umum ke-13, mereka yang mempunyai kepentingan diri sendiri, gemar mewujudkan percakaran dalaman parti dan yang hanya merosakkan dan mencemar nama baik parti perlulah kita abaikan. Puteri haruslah bijak dalam membuat penilaian dan janganlah mudah terikut dengan semua paparan di media apatah lagi di media-media alternatif atau akhbar-akhbar pojok yang tidak menjana minda. Saya amat menggalakkan Puteri untuk menimba ilmu dan mendapatkan informasi melalui saluran yang betul dan rasmi. Ini adalah penting kerana, dengan informasi yang betul kita dapat menyiapkan diri dengan lebih baik dan lebih mantap.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang selama ini setia pada perjuangan parti dan Puteri. Terima kasih juga di atas sokongan dan penglibatan di dalam semua siri aktiviti yang telah dianjurkan Puteri. Saya amat berharap program-program seperti, Voluntary Group for Everyone (VOGUE), Program Banteras Ragut & Rogol (B2R), Skuad Gempur Pilihanraya, Cari Seramai Ahli (CSI) dan Kembara Daftar Pemilih, Life is Presious : 1Jiwa 1Cinta 1Malaysia (LIPs), Program Sinar Kasih, Majlis Dialog Bersama NGO dan Profesional Muda dan Program Bual Bicara Tokoh Politik serta program-program lain yang dianjurkan akan terus disemarakkan di semua peringkat. Saya amat berharap adik-adik Puteri akan terus bergerak mendampingi rakyat agar kita sentiasa dekat di hati mereka. Anggaplah ini satu amanah yang perlu kita laksanakan dengan baik. Tidak perlulah jawatan dan pengiktirafan yang pelbagai jika agenda pemerkasaan bangsa kita masih di takuk yang lama.
Untuk itu, akhir kata, saya ingin melahirkan rasa syukur di atas nikmat dan kesihatan baik yang Allah berikan kepada saya, seluruh keluarga saya, pasukan yang bekerja bersama-sama saya untuk terus berada di medan perjuangan ini.
Terima kasih juga kepada seluruh ahli-ahli Puteri yang mendoakan kesejahteraan Puteri untuk terus kekal relevan dan utuh sebagai satu sayap yang membawa agenda Generasi Wanita Prihatin.
Teruskanlah kecemerlangan!

Mengapa mesti menggunakan bahasa Inggeris untuk singkatan VOGUE ini sayap parti Inggeris ke atau parti Melayu Oooops terlupa UMNO tu kan om putih!!!!!!! Apa la nak jadi dengan bangsa Melayu ni!
ReplyDelete