Tuesday, January 27, 2009

Lompat Parti : Alternatif untuk yang kecewa?

Perlu ke lompat parti pembangkang kalau kecewa tidak dapat jawatan dalam UMNO atau Kerajaan? Saya rasa agak terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir ahli UMNO sejak kebelakangan ini yang kecewa bila tidak mendapat kedudukan yang tinggi dalam UMNO dan mengambil tindakan untuk keluar dari parti.

Inikah tujuan utama kita menyertai UMNO? Demi kepentingan peribadi dan memenuhkan poket sendiri? Andai itulah tujuan asal kita, tidak mustahil jika PRU13 nanti parti pembangkang yang akan memerintah kerana rakyat makin lama makin jelak dan loya dengan orang-orang UMNO.

Kita seharusnya sama-sama memikirkan alternatif terbaik untuk memulihkan kembali imej parti yang telah tercemar dan berusaha untuk membaik-pulih parti dan meraih kembali kepercayaan rakyat terhadap BN dan UMNO khasnya. Lupakan seketika perkara-perkara remeh. Sudah sampai masanya transformasi dilakukan ke atas UMNO bagi memastikan parti ini terus relevan di mata para pengundi.

4 comments:

  1. Saya tertarik kepada lambang boikot israel dalam blog sdri. namun apakah sdri tidak memakai tudung adalah ikutan negara islam. memang benar, hidayah belum sampai, dan kubur kita lain-lain ,namun, bila dah jadi pemimpin bahagian, seharusnya (wajib) kita memakai tudung untuk memberi teladan kepada orang bawahan kita.
    Berbalik kepada lompat parti, apakah sekadar kata-kata dan komen yang dikeluarkan dari blog dan akhbar sahaja? tiadakah perlunya "revise" perjanjian yang termaktub dulu-dulu seperti "segala harta semasa dalam umno akan ditarik balik selepas keluar jadi "katak"-salah satu contoh.. wassalam

    ReplyDelete
  2. TA Rithaudden minta puteri dibubarkan krn menjadi punca politik wang. Tak kan berdiam diri sahaja/ Baca posting dalam blog saya. Salam

    ReplyDelete
  3. Pemimpin mesti bermaruah tinggi...

    Tapi kalau rakyat nak marahkan parti disebabkan pemimpin, kita terpaksalah bagi pengajaran :-)


























    Jangan Potong Q :-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Sindrom Mat Salleh Celup
    http://pro-faizal.blogspot.com
    Suara generasi Baru
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

    Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Cadangan untuk wujudkan undang2 lompat parti : Perlu atau tidak? Rasanya perlukan kajian yang terperinci.

    ReplyDelete

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.