Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut telah mengadakan Program Shopping Raya! Bersama Anak-anak Yatim di sekitar Segambut. Program telah diadakan pada 21hb September 2008. Seramai 16 orang anak yatim telah berpeluang mengikuti program tersebut. Mereka telah dibawa membeli-belah di Metrojaya Bukit Bintang pada sebelah pagi dan pada sebelah petangnya mereka diraikan bersama dengan 6 orang Ibu Tunggal dalam Majlis Berbuka Puasa yang telah di adakan di Masjid Al-Qurtubi, Taman Seri Segambut.
Sebelum majlis berbuka puasa telah di adakan Majlis Khatam Al-Quran yang telah disertai oleh seramai 22 orang ahli-ahli puteri cawangan dan juga AJK Puteri Bahagian Segambut. Program pada hari ini merupakan hasil daripada Perpaduan dan Permuafakatan di antara semua ahli-ahli Puteri UMNO Bahagian Segambut.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut ingin merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang telah menyumbangkan barangan dan juga wang ringgit bagi memastikan program berjalan lancar. Kami berharap program-program seperti ini akan dapat di adakan lagi pada masa akan datang.

Alhamdulillah.. dapat juga kita jalankan program ni dgn lancar berkat usahasama rakan2 puteri semua. so, sy harap program akan dtg kita dpt bersama lg..hehehe.. kepda semua AJK dan rakan2 lain Selamat Hari Raya..
ReplyDeleteBetul tue anonymous. Mudah2an lepas ni akan byk lagi program2 berbentuk kemasyarakatan akan dapat dijalankan oleh Puteri Segambut.
ReplyDelete