Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Friday, August 28, 2015

Ketua Pemuda MCA Sokong Bersih 4.0? #sehatisejiwa

KENYATAAN PEMUDA MCA
MCA sebagai salah satu parti komponen di dalam Barisan Nasional sewajarnya senada dengan kerajaan BN berkaitan sesuatu isu. Tetapi apa yang kita lihat kebelakangan ini Pemuda MCA dilihat lebih gemar menongkah arus.

Terbaru isu BERSIH 4.0. Sepatutnya Pemuda MCA menunjukkan yang mereka senada dengan Kerajaan menolak Perhimpunan Bersih 4.0 tetapi kenyataan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang disiarkan di Malaysikini jelas menunjukkan yang beliau tidak sensitif dan bertindak melulu.

Menurut Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Sdr. Mohd. Razlan Rafii, Ketua Pemuda MCA ini seharusnya lebih sensitif dalam isu ini. Bersih 4.0 adalah agenda politik DAP dan Pembangkang dan seandainya beliau ingin seiya sekata dengan pembangkang janganlah jadi seperti gunting dalam lipatan.

Baca kenyataan balas Ketua Pemuda Wp di SINII








UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, August 20, 2015

Adun #DAPig Dedahkan Azmin Ali Berbohong Pasal Isu RM7.65 Bilion #AzminDEIG #SEHATISEJIWA







Adun DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu mendedahkan pembohongan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali. 

Azmin ketika menggulung usul penyata mengenai syarikat pelaburan strategik, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menjelaskan lima ahli Lembaga Pengarah syarikat itu iaitu Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO). Kata Azmin, adun-adun ketika membahaskan usul tersebut cuba bermain dengan sentimen ‘check and balance’ dengan memberi gambaran ahli Lembaga Pengarah hanya tiga orang sahaja iaitu Menteri Besar, CEO dan COO. “Jadi saya harap dalam keghairahan kita untuk mendapatkan penjelasan ini, kita juga harus berlaku adil dalam pembentangan,” kata Azmin. 

Bagaimanapun, Bee Yin bangkit mencelah meminta penjelasan kerana kedudukan hanya tiga ahli Lembaga Pengarah di dalam DEIG itu diakui sendiri oleh pengurusan tertinggi Menteri Besar Incorporated (MBI) selaku badan yang bertanggungjawab ke atas DEIG. “Apa yang dikatakan memang betul tetapi apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana (penyata), jawatankuasa memandang serius pelantikan tiga orang Lembaga Pengarah DEIG adalah perakuan daripada MBI bahawa tiga orang sahaja sebagai ahli Lembaga Pengarah masa dalam pendengaran tertutup. “Apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana jawapan MBI,” tegasnya. 

Azmin yang terkejut dengan tindakan Bee Yin itu hanya mampu menafikan dan berjanji akan menyemak semula maklumat tersebut. “Saya akan semak keterangan yang diberikan dalam jawatankuasa berkenaan tetapi dari segi logiknya tidak mungkin CEO dan COO tampil memberikan keterangan sedemikian,” kata Azmin. 

Ahli Dewan Undangan Bukit Antarabangsa itu kemudiannya beralih kepada isu yang dibangkitkan Adun DAP-Kampung Tunku, Lau Weng San yang mengatakan DEIG sebenarnya telah memulakan operasinya. Kata Azmin, kenyataan yang dibuat Weng San hanya berdasarkan maklumat DEIG telah memanggil RFI (request for information) dan RFP (request for proposal). 

Jelasnya, RFI dan RFP yang dipanggil itu bukan oleh DEIG sebaliknya ia dipanggil oleh MBI berdasarkan aset-aset MBI kerana DEIG hanya akan beroperasi pada awal 2016. Bee Yin sekali bangun mencelah mempersoalkan kenyataan Menteri Besar itu. Kata Bee Yin, bagaimana sebuah syarikat yang belum beroperasi boleh mengeluarkan iklan memanggil RFI dan RFP. “Request for information pada iklan di The Edge di bawah nama DEIG dan bukan MBI, boleh jelaskan?,” soal Bee Yin. 

“Saya hendak jelaskan aset-aset yang dipanggil untuk RFI dan RFP ini adalah aset MBI,” jawab Azmin. “Tetapi iklan itu di bawah nama Darul Ehsan Investment Group,” tegas Bee Yin. Weng San yang membangkitkan perkara itu ketika berbahas bangun untuk memohon pencerahan tetapi Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh tidak membenarkan dan meminta Azmin menghabiskan penggulungan.


Sumber : Blog REZQEENHILL



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN