Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Wednesday, February 18, 2015

UCAPAN TAHUN BAHARU CINA 2015 KETUA PUTERI UMNO DATUK MAS ERMIEYATI SAMSUDIN

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat Malaysia khususnya sahabat-sahabat yang berketurunan cina.

Sambutan Tahun Baharu Cina 2015 ini merupakan tahun kambing (biri-biri) menurut kalendar qamari Cina.

Tahun kambing adalah tahun kelapan dalam kalendar cina dan bagi masyarakat cina ia dikaitkan dengan tahun yang akan membawa lebih banyak tuah berbanding tahun lepas yang merupakan tahun kuda.

Mengambil semangat membawa tuah itu, menjadi harapan saya agar kita semua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum akan meneruskan amalan kunjung-mengunjung rumah terbuka bagi meraikan perayaan ini.

Semoga segala yang kita lakukan bersama sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini dapat memperkukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian keluarga besar 1Malaysia ini.

Semua ini dapat menjamin kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni  atas dasar toleransi sesama kita yang sememangnya amat penting dalam negara pelbagai kaum seperti Malaysia.

Saya yakin tahun ini akan mencorakkan satu perubahan yang baik kepada diri kita dan negara. Semoga  2015 memberi satu wadah baru kepada kita dalam membina Malaysia yang lebih makmur dan berjaya.

Gong Xi Fa Cai!


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, February 13, 2015

KENYATAAN KETUA PUTERI UMNO, DATUK MAS ERMIEYATI SAMSUDIN 'Perginya seorang pejuang Islam dan tokoh politik tanah air'

13 Februari 2015

Permergian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rahmatullah malam tadi adalah satu kehilangan besar buat parti politik itu dan tanah air.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu dianggap sebagai pejuang Islam yang sentiasa tegas mempertahankan kepimpinan ulama dan pentadbiran Islam. Ketokohannya mentadbir Kelantan selama 23 tahun  menyebabkan Allahyarham sentiasa disegani oleh kawan dan lawan dalam politik.

Pendirian dan ketegasannya dalam politik sentiasa dihormati  oleh ahli-ahli Pas mahupun rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.  Allahyarham dianggap sebagai tokoh ulama dan pemimpin paling berpengaruh dalam Pas yang mendapat kepercayaan penuh ahli untuk memimpin parti itu.

Meskipun berbeza ideologi politik, Puteri UMNO mengagumi kepemimpinan Allahyarham kerana sikapnya yang sentiasa bersederhana dalam kehidupan  dan menghormati  sesiapa sahaja, walaupun berbeza fahaman politik.

Pemergian Allahyarham yang sentiasa memperlihatkan ketegasannya dalam memperjuangkan Islam tentu sekali amat dirasai oleh para pemimpin, ahli, penyokong Pas mahupun umat Islam keseluruhannya.

Puteri UMNO  mendoakan semoga ahli keluarga Tok Guru, pemimpin dan ahli Pas serta umat Islam tabah menghadapi kehilangan ini. Semoga Allah memberkati perjuangan Allahyarham dan rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, February 11, 2015

KENYATAAN AKHBAR KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO 'Exco Pulau Pinang, Chong Eng perlu mohon maaf isu khutbah Jumaat'

11 Februari 2015

Pergerakan Puteri UMNO mendesak Exco Pulau Pinang, Chong Eng segera membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam berikutan tindakannya mencampuri hal ehwal agama Islam.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Chong Eng tidak sepatutnya membuat kenyataan yang mengkritik khutbah jumaat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tentang aurat wanita.

"Puteri UMNO kesal dengan sikap Chong Eng yang tidak bertanggungjawab, tidak menghormati serta menjaga sensitiviti, agama dan kaum di negara ini dengan mengeluarkan kenyataan yang amat jahil dan kurang ajar itu.

"Beliau tidak berhak mencampuri urusan berkaitan agama Islam dan hal ehwal negeri lain. Jika tidak memahami mengenai perkara yang dibangkitkan , rujuk pihak jabatan agama Islam, bukannya membuat kenyataan sedemikian semata-mata kerana mahu mencari publisiti murahan," katanya.

Chong Eng dalam kenyataannya kelmarin mengkritik JAIS kerana menyampaikan maklumat mengelirukan berhubung aurat wanita dalam khutbah Jumaat minggu lalu yang bertajuk 'Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri' 

Chong Eng mendakwa, penekanan JAIS mengenai aurat wanita adalah tidak tepat apabila dilihat 'menghukum' golongan wanita di atas kegagalan menutup aurat sehingga menyumbang kepada kes rogol dan pelbagai kejadian buruk yang tidak diingini.

Mas Ermieyati berkata, tindakan Chong Eng  mendakwa masalah rogol tiada kaitan dengan aurat wanita adalah amat dangkal dan sempit selain boleh menimbulkan salah faham masyarat terhadap Islam.

Beliau berkata, dakwaan Chong Eng kononnya tuntutan agama Islam supaya wanita menutup aurat hanya untuk mengalih kesalahan dan tanggungjawab mencegah jenayah seksual menunjukkan beliau tidak tahu apa-apa berhubung agama Islam.

Menurutnya, al-Quran surah An-Nur ayat 31 dan surah Al-Ahzab ayat 59 jelas menyatakan kewajipan  untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh waiib menutup aurat.

Katanya, berdasarkan dalil dan al-Quran, dengan terbukanya aurat maka ia boleh mengakibatkan dosa lain seperti zina dan mengandung anak luar nikah.

"Kerana itu Islam menerangkan   kewajipan wanita menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher  sehingga ke tempat-tempat yang boleh membawa fitnah dan memungkinkan dilihat oleh orang yang jahat hatinya.

"Sehubungan itu, Puteri UMNO menyokong usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat Chong Eng supaya masyarakat negara ini lebih memahami erti menghormati sentiviti agama dan berharap tindakan dikenakan terhadap beliau jika didapati bersalah,''katanya.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Sunday, February 8, 2015

Puteri UMNO Ajak Rara Kempen #TurunHargaBarang



Tindakan Rara Othman yang menyeru Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Seri Ismail Sabri meletakkan jawatan adalah keterlaluan dan tidak matang. Pendirian YAB Perdana Menteri dan YB Menteri ini adalah jelas iaitu mendesak golongan peniaga dapat menurunkan harga dan mengajak rakyat menggunakan hak sebagai pengguna. Ianya tidak berkaitan dengan isu perkauman.

Rara sudah terikut-rikut gaya politik DAP yang hanya pandai bercakap, tetapi tidak pandai buat kerja. Rakyat juga ingin tahu apa pula sumbangan Rara Othman dalam isu menurunkan harga barang selain daripada mempolitikkan isu dan menjadi suara DAP. Apabila harga petrol naik, mereka bising, "Barang Naik". Apabila harga turun, ambil kesempatan hentam pemimpin. Bukankah lebih baik Rara Othman dan DAP bersama turut serta berkempen supaya peniaga menurunkan harga barang demi rakyat Malaysia.

Berbeza dengan tindakan yang diambil oleh YB Menteri - Kerajaan " 1Malaysia " yang turun padang melancarkan kempen turun harga barang kepada peniaga-peniaga pasar tani seluruh Malaysia, menjawab dan menyelesaikan isu, memantau harga barang dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa kepimpinan yang ada kini bertanggungjawab dan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat.

Oleh yang demikian, kami menyeru kepada semua pihak termasuk pembangkang bersama-sama berganding bahu untuk memberi tekanan kepada peniaga-peniaga agar menurunkan harga barang. Pihak kerajaan juga digesa supaya dapat memperkukuhkan penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan bagi mengekang tindakan peniaga yang mengambil kesempatan diwaktu ini. Selain daripada itu adalah dikhuatiri apabila Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (GST) dilaksanakan bermula 1 April 2015 nanti, para peniaga menaikkan lagi harga barangan dan rakyat merasa terbeban seterusnya menyalahkan kerajaan sedia ada.

Tekanan bagi penurunan harga barang ini memerlukan kerjasama semua pihak samada peniaga, pembeli dan kerajaan. Langkah proaktif dan cara tangani yang efektif ini adalah lebih baik daripada mempolitikkan isu dan menunding jari kepada sesama sendiri.


Haryaty Hamdzah, 
Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, February 5, 2015

Bila Parti Perjuang Rasis, Semua Perkara Dilihat Secara Rasis

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO, Haryaty Hamdzah menganggap Dap tidak layak untuk bercakap soal rasis lantaran mereka sendiri seringkali bersikap sedemikian dalam pelbagai hal.
Ujarnya, apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengeluarkan kenyataan yang memberi kepentingan kepada keseluruhan masyarakat telah disalah anggap dan dilabel rasis maka bermakna mereka terbukti berpaksikan kepada agenda peribadi semata-mata.
dap_rasis_kurang-ajar_guan_eng_pijak_langkah_melayu_islam
“Mengapa perlunya tuding jari kepada orang lain kerana diri mereka sendiri sebenarnya yang selama ini bersikap sedemikian malahan banyak perkara yang sememangnya dibuat oleh mereka atas kepentingan politik mereka sendiri sahaja,” katanya kepada UMNO-Online.
Tegasnya, apakah sumbangan Dap kepada rakyat selama ini kerana sememangnya mereka lebih terserlah untuk mendapatkan kuasa hanya dengan bermain persepsi atau memanipulasikan fakta tanpa melaksanakan kerja yang sewajarnya.
“Hal membabitkan harga barang yang tinggi adalah isu seluruh masyarakat tetapi apa sumbangan Dap dalam hal ini kerana mereka langsung tidak memainkan peranan dalam membantu masyarakat berdepan perbelanjaan harian yang membebankan malah buat pula tuduhan rasis untuk sembunyikan sikap mereka sebenar.
“Kalau betul mereka perjuangkan rakyat kenapa tidak turut berkempen dan desak pemborong untuk turunkan harga barangan dalam keadaan harga minyak telah turun tapi sebaliknya mereka manipulasikan isu,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Ujar beliau lagi, sekiranya pemimpin Dap benar-benar bertanggungjawab maka mereka tidak akan berkata demikian.
“Sebelum ini pun Dap juga pernah mengatakan mahu mengurangkan kakitangan awam sekiranya memerintah atau berkerajaan kerana mereka sedar kebanyakan kakitangan awam adalah berbangsa Melayu malahan ucapan ini dikeluarkan kepada masyarakat Cina.
lim_kit_siang_parti_rasis_dap_kami_kaum_cina_we_the_chinese_people
“Apabila kenyataan tersebut dibuat oleh pemimpin Dap maka ini menunjukkan bahawa betapa menyampahnya Dap terhadap orang-orang Melayu dan cara ini digunakan bagi menanamkan semangat kebencian di kalangan anggota mereka kepada bangsa Melayu sendiri.”
Tambah beliau lagi, kerana itulah pembangkang melabelkan UMNO sebagai parti rasis sebagai melindungi kesalahan mereka sendiri yang seringkali menggunakan isu sensitif dan perkauman bagi mempengaruhi rakyat sebagaimana, Ahli Parlimennya dari Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun menggelar penjawat awam sebagai ‘kucing kurap’.
“Dap menjadi pentadbir dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang dan label ‘kucing kurap’ tersebut diberikan kepada kakitangan kerajaan negeri yang berada di bawah pentadbiran mereka maka secara langsung ia menunjukkan sikap kurang ajar pemimpinnya yang tak tahu menghormati apatah lagi untuk menghargai golongan bawahan,” katanya.
Dilaporkan, sebelum ini, Ooi pernah mengeluarkan kenyataan melabelkan beberapa pengawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai ‘kucing kurap’ kerana tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong, selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.
“Bahayanya Dap ini adalah kerana mereka menggunakan agenda perkauman dalam isu politik yang tentunya akan mengundang malapetaka sekiranya dibiarkan berlarutan,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN