Thursday, September 25, 2014

SPR PUAS HATI DENGAN PROSES PEMBUANGAN UNDI N01 #BN4N01 #PENGKALANKUBOR

Tumpat: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuas hati dengan perjalanan proses pembuangan undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sehingga jam 10 pagi ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata beliau berpuas hati dengan suasana pengundian yang kelihatan berjalan lancar.

"Dari pemerhatian saya, tiada sebarang gangguan atau halangan yang boleh menghalang pengundi dari menjalankan tanggungjawab mereka.

"Saya juga mendapati kehadiran pengundi begitu memuaskan dan berharap dengan cuaca yang baik ini, pengundi kawasan ini akan mengambil kesempatan pergi mengundi awal," katanya kepada pemberita ketika melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan, di sini, pagi tadi.

Beliau berharap suasana tenang ini akan berterusan sehingga pusat pengundian ditutup jam 5 petang ini.

"Kedua-dua parti kelihatan dapat mengawal keadaan masing-masing dari berlaku sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Sebelum itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meluangkan masa meninjau perjalanan pembuangan undi di sekolah ini.

Beliau sempat bertegur sapa dan bersalaman dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, yang kebetulan membuat tinjauan di sekolah yang sama.

Sunday, September 14, 2014

Benarkah UMNO Bodoh Menurut Zainuddin Maidin @razlanrafii

Membaca kenyataan populis yang ditulis oleh bekas Menteri yang lahir dari parti UMNO di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN), Zainuddin Maidin (Zam) kata 'UMNO Bodoh & Bigot' adalah satu tulisan yang tidak matang.

Sebagai seorang penulis yang berpengalaman dan agak berumur, seharusnya beliau tidak hilang kawalan apabila menulis dan membuat kenyataan dengan memperlihatkan rasa amarah seperti seseorang yang pendek akal.

Seharusnya beliau menunjukkan tauladan yang baik dalam penulisan di blog beliau, bukannya menayangkan sikap tidak baik dan seolah-olah hilang sabar dalam menyampaikan atau memperjuangankan sesuatu.

Adakah UMNO benar-benar bodoh. Jika benar UMNO itu bodoh, sudah pasti kerajaaan tidak akan berjaya mengekalkan pemerintahan negara sehingga ke hari ini.

Zam berhutang dengan saya kerana menggelar UMNO bodoh kerana saya ahli UMNO !

Sama ada Zam bersetuju, memperli ataupin membantah keputusan kerajaan Persekutuan hari ini, perkataan ini tidak boleh diterima oleh saya.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Thursday, September 11, 2014

Kenyataan Rasmi Ketua Puteri UMNO Malaysia Berhubung Isu Kertas Soalan Bocor UPSR @EmySamsudin @Pu3UMNOMalaysia #MediaSosialPuteri #PuteriPrihatin #RakanMediaSosial

Puteri UMNO kesal dgn kejadian tersebut dan menggesa kerajaan bertindak tegas kpd mrk yg bertanggungjawab dan kenakan hukuman setimpal kpd mrk. Kejadian ini bukan saja menjejaskan emosi dan menimbulkan kekecewaan kpd calon2 yg menduduki UPSR, para guru dan ibu bapa tetapi merugikan negara.

Dakwaan wujudnya kejadian soalan bocor sering berlaku setiap kali peperiksaan nasional berlangsung setiap tahun. Namun tidak ada bukti kukuh serta laporan rasmi dibuat sehinggalah kejadian tahun ini yg melibatkan subjek Sains UPSR. Puteri berharap pihak betkuasa turut menjalankan siasatan ttg kemungkinan kebocoran turut melibatkan subjek2 lain.

Puteri juga menggesa Lembaga Peperiksaan dan MOE mengambil langkah lebih ketat termasuk melihat semula prosedur pengurusan kertas soalan peperiksaan agar kejadian spt ini tdk berulang. Dgn perkembangan teknologi ICT yg makin canggih sekarang mungkin prosedutlr itu perlu disemak bg mengelak pihak2 tdk bertanggungjawab membocorkan soalan2 sedemikian.

Kejadian spt itu tdk akan berlaku jika semua pihak yg terlibat menguruskan kertas2 peperiksaan itu dgn penuh bertanggungjawab, amanah dan berintegriti. Sedikit sahaja tanggungjawab dan amanah ini dicabul ia jelad memberikan kesan negatif kpd banyak pihak baik murid2, guru, ibu bapa bahkan negara.

Bayangkan jika soalan2 ini bocor dn tdk disedari ia sudah pasti merugikan murid2 itu sendiri krn tdk guna memperoleh keputusan cemerlang jika ia disebabkan memperoleh soalan bocor.

Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia