Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Friday, December 20, 2013

KENYATAAN MEDIA Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan @razlanrafii Respon Balas Kenyataan Bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong

"Berhenti daripada menakut-nakutkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan kononnya UMNO mengancam kedudukan kaum lain di Malaysia. Kenyataan populis sebegini tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemimpin MCA."

Kenyataan balas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii ini merujuk kepada ucapan oleh Bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong semasa berucap pada Kongres Pemuda MCA hari ini.

Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan UMNO (pemimpin UMNO) dan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional (BN) supaya berhati-hati semasa mengeluarkan ucapan atau idea yang boleh menyebabkan sokongan pengundi-pengundi Cina hilang pada Pilihanraya Umum nanti.

Mohd Razlan mengingatkan juga Wee Ka Siong supaya mempelajari ilmu politik yang matang daripada termakan rentak tarian politik seperti DAP.

"Pemuda MCA harus melihat apa yang telah UMNO lakukan selama ini dengan memperjuangkan nasib semua kaum. Tiada satu pun nasib kaum di Malaysia ini yang tersisih daripada pandangan mata UMNO. Hasil ambil peduli UMNO selepas Merdeka sehingga hari ini, banyak kaum bukan Melayu telah mendapat manfaat daripada perjuangan UMNO sehingga melahirkan pelbagai orang bergelar jutawan."

"Tambahan pula MCA sendiri perlu keluar daripada kepompong syok sendiri dan zon selesa," katanya.

Beliau terkilan apabila hari ini MCA seakan-akan cuba mencari populariti daripada prestasi merosot BN pada PRU 13 yang lepas sedangkan umum mengetahui UMNO berjaya menambah banyak kerusi berbanding PRU 12 pada 2008.

"MCA wajib bermuhasabah diri dan berhenti melihat UMNO sebagai ancaman kepada kaum lain." 

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan 

Sent from my Samsung Galaxy Tab10.1


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, December 13, 2013

KENYATAAN MEDIA Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Berhubung Kenaikan Tambang LRT @razlanrafii @meduaumno

Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung kenaikan kadar tambang Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dirasakan tidak membebankan agak janggal apabila realiti sebenarnya pasti bakal membebankan pengguna.

Warga Kuala Lumpur merupakan pengguna yang paling terbeban secara langsung akibat kenaikan kadar tambang ini. Ia tidak termasuk lagi dengan cadangan kenaikan tarif cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kenaikan kadar elektrik (TNB) yang sudah pasti terpaksa dihadapi oleh warga kota.

Sudah sampai masanya Kabinet memikirkan dan mendalami masalah serta bebanan yang terpaksa dipikul oleh warga kota apabila ada kenaikan seperti ini dilakukan oleh syarikat milik kerajaan.

Saya berharap agar pihak SPAD mencari inisiatif lain bagi menanggung kos operasi khidmat LRT.

Dalam pada masa yang sama, pihak berwajib haruslah mencari formula yang lebih efektif bagi menggalakkan orang ramai terutama warga Lembah Klang menggunakan perkhidmatan awam yang sedia ada dengan kadar tambang yang lebih murah.

Keberkesanan formula dan pendidikan kepada rakyat akan memberikan hasil positif buat semua pihak dan secara tidak langsung masalah kesesakan jalan raya pada waktu kemuncak dapat dielakkan.

Oleh yang demikian, saya bagi pihak warga kota mendesak cadangan kenaikan tambang LRT ini ditangguhkan sementara sehingga ianya benar-benar dirasakan relevan untuk dilaksanakan.

Dalam pada masa yang sama, saya menyeru agar tidak ada lagi 'mimpi ngeri' ditimbulkan kepada warga Kuala Lumpur yang melibatkan kos hidup mereka. 

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Sent from my Samsung Galaxy Tab10.1


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, December 5, 2013

Terlajak Kata Makan Diri #PAU2013 #TanyaIbdil #Lifestyle #1Malaysia

 
Hello Bro!!!! Kitorang ni blogger yang TIDAK BERBAYAR. Buat kerja secara sukarela demi survival UMNO dan Barisan Nasional. 


video

SP faham mungkin Ibdil ni teruja sangat sebab pertama kali diberi tugas untuk mengendalikan biro secara total tapi janganlah semua pun nak dibuang. Mungkin ada yang boleh digunakan dan ditambahbaikkan. Jangan ingat yang lama tue dah tak berguna dan yang baru tue lebih bagus. Kami bukanlah hari-hari kerja nak hentam pembangkang je, Kami pun ada life jugak. Ada kerja hakiki yang harus diutamakan.

Buktikan dulu yang anda layak memegang jawatan tersebut then barulah boleh banyak bunyi....





SP: Terlajak kereta boleh undur tapi terlajak kata???? Sendiri mau ingat!!!!

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN