Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Thursday, January 31, 2013

DAP Biadap Permainkan Institusi Diraja? @umbkl @Segambut13 #TolakPR

Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu.  Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja. 

Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang ‘berbau’ Melayu.  Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu.  Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam. 

Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti.   Alasan kononnya atas faktor ketelusan.   Namun, tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu. 

Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja.  Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap. 

Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya.   

Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid.   Namun, tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi PRU.  

Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa.  Malah, hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya. 

Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata.  Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti. 

Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang berslogankan Malaysian Malaysia.  Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah, malah kekal subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin DAP.  

Kata orang, fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita bertindak membela atau bersahabat dengannya.  Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai memusuhi Islam dan Melayu, yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total. 

Justeru, kita wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat, kepada agama dan kepada negara.  Sebelum memahami semua ini, janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini. 

Raja-raja adalah benteng kita, jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda, maka apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP?  





UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

BL1M Macam Goreng Pisang Panas di Himpunan Anak Muda Kedah @umbkl @SHEBMALAYSIA @Segambut13


Orang ramai sudah mula menyerbu kaunter pendaftaran BL1M yang dibuka di tapak Karnival Himpunan Anak Muda Kedah Bersama PM walaupun Perdana Menteri hanya akan datang merasmikan karnival tersebut pada sebelah petang ini.



Keadaan ini membuktikan Anak Muda Kedah bersama-sama kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Pelbagai program menarik telah disusun sepanjang berlansungnya karnival tersebut di antaranya Kaunter BN Youth Job Fair, pameran agensi-agensi kerajaan, sukaneka, Bicara Cinta bersama Ana Rafali, Ustaz Ashraf dan Ustazah Nazirah dan macam-macam lagi.




Karnival ini bermula dari 30hb Januari sehingga 2hb Februari 2013 bertempat di Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim Suka Menanti, Alor Setar, Kedah. Perasmian akan dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia jam 3.00 petang hari ini.



SP: Jom pakat2 turun Aloq Setaq. Kita sambut PM ramai-ramai.






UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, January 30, 2013

Program Jelajah Anak Malaysia Cara Berhemah Dekati Anak Muda #JelajahAnakMsia #TolakFitnah #TolakPR @JTransformasi @umbkl @Segambut13




Jelajah Anak Malaysia adalah program sinambungan daripada program Jelajah Aman Kampus Fasa 1-4.  Program Jelajah Anak Malaysia membawakan tema Transformasi Rakyat sesuai dengan visi program ini untuk merealisasikan program transformasi rakyat selain itu ia juga bertujuan untuk memastikan anak muda dapat berkongsi pengalaman dan merasa sendiri denyut nadi rakyat di seluruh Malaysia.

Program ini akan melalui tiga peringkat iaitu 30 Januari hingga 16 Februari di Semenanjung Malaysia, 25 Februari hingga 3 Mac (Sarawak) manakala 5 hingga 12 Mac di Sabah.

Jelajah ini antara lain adalah untuk menyelaras usahasama mahasiswa, NGO, dan agensi kerajaan supaya memudahkan sistem penyampaian maklumat kepada kerajaan dan ianya juga  disertai oleh golongan mahasiswa, NGO dan mensasarkan 4 kumpulan sasaran iaitu golongan belia, mahasiswa, NGO tempatan dan masyarakat Malaysia umumnya.

Bagi maklumat lanjut dan juga aktivit-aktiviti sekitar program Jelajah Anak Malaysia (JAM) pembaca bolehlah mengunjungi laman web www.jelajahanakmalaysia.com atau laman facebook  http://www.facebook.com/JelajahAnakMalaysia atau ikuti twitter @JTransformasi.





SP: Dekati anak muda dengan berhemah bukan ajak berkhemah di dataran. Ajak Jelajah untuk buat kerja-kerja sosial bukan jelajah jaja fitnah.












UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, January 28, 2013

Ustz Nasha Dipecat dari Majlis Syura #TolakPR @umbkl @Segambut13

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa digugurkan oleh Majlis Syura PAS dan perkara ini disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.
Nik Zawawi berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas... maaf ya," kata Nik Zawawi yang dipetik dari laporan Sinar Harian hari ini.

Nasharuddin (gambar) baru-baru ini mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan bersejarah ke Gaza, Palestin dan disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh dari Hamas.

Nik Zawawi juga dalam laporan itu memetik ia mungkin tidak mempunyai kaitan dengan lawatan Nasharuddin bersama Najib ke Gaza bagi tujuan kemanusiaan, sebaliknya Setiausaha Majlis Syura itu berkata ia adalah tindakan peribadi Nasharuddin.

"Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."

Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak menghubungi Nasharuddin, yang merupakan ahli parlimen Bachok.
 
 
Baca selanjutnya di KL CHRONICLE
 
 
 
 
SP: Difahamkan Ustaz Nasha masih belum menerima sebarang surat rasmi berkenaan pemecatan tersebut daripada pihak parti (PAS) dan beliau hanya mengetahuinya daripada media dan bukan daripada saluran rasmi parti. Walaubagaimanapun, beliau akan tetap dengan perjuangan beliau untuk mendaulatkan agama islam samaada beliau berjawatan ataupun tidak. 

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Nik Aziz Jumpa Bishop di Penang. Cacai PR Takde Komen ke? #1Malaysia #TolakFitnah #TolakPR @umbkl @Segambut13

Di bawah adalah gambar kek yang Nik Aziz berikan kepada Bishop Sebastian Francis semasa beliau berada di Pulau Pinang baru-baru ini.

It may have been Nik Aziz’s 82nd birthday on Sunday, but it was the octogenarian who handed over a cake to the Bishop of the Penang Diocese, which covers Penang Kedah, Perlis, Perak and Kelantan. On the cake was inscribed the simple words: 
Kpd: Yang Mulia Bishop, Dpd : Tn Guru Dato Nik Aziz, Mursyidul Am Pas.

Ada yang beranggapan bahawa pertemuan Nik Aziz dengan paderi Sebastian Francis adalah untuk meredakan kegawatan di antara PAS dengan penganut Kristian di negara ini.
Seperti yang kita semua tahu, Majlis Syura PAS yang dianggotai 15 anggota memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.
Mesyuarat yang dipengerusikan Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan, menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.
Isu penggunaan kalimah Allah timbul selepas Lim Guan Eng DAP dalam ucapannya sempena sambutan Krismas lalu mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.
Sebenarnya, kita tiada sebarang masaalah dengan perjumpaan bersama para paderi Kristian kerana negara kita berbilang kaum dan agama. Malah, kita juga sentiasa berpegang kepada kesejahteraan dan toleransi sesama kaum di negara ini.
Tetapi yang menjelekkan ialah ialah pro-pembangkang menghentam malah menabur fitnah apabila pemimpin UMNO dan BN berjumpa dengan paderi Kristian.
Yang sangat jelas ialah semasa perjumpaan DS Najib Razak dengan Pope Pope Benedict XVI pada 18hb Julai 2011 di Apostolic Palace, Castel Gandalfo, Rome, Italy.

Media pro-pembangkang telah menyebarkan foto palsu tentang perjumpaan tersebut.

Malah, apabila Najib Razak mengadakan perjumpaan bersama para paderi Kristian di negara ini, ada puak-puak pro-pembangkang yang cuba memperlekeh-lekehkan perjumpaan tersebut dengan apa sahaja alasan yang mereka boleh fikirkan.



Bagaimana pun, MiM yakin mereka akan diam membisu apabila mendapat tahu pemimpim mereka sendiri juga berjumpa dengan paderi-paderi Kristian seperti yang diusahakan oleh Najib Razak.

Malu!


Sumber: Blog MIM

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

KENYATAAN AKHBAR KEM DALAM NEGERI - AKTIVITI PENDAFTARAN WARGA ASING OLEH SYARIKAT PARADISE LINK/LINX SDN BHD





KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN DALAM NEGERI mengenai
AKTIVITI PENDAFTARAN WARGA ASING OLEH SYARIKAT PARADISE
LINK/LINX SDN BHD
25 JANUARI 2013

1.     Kementerian Dalam Negeri tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn Bhd atau mana-mana syarikat untuk menguruskan Proses Pendaftaran PATI/ Program Khidmat Imigran. Aktiviti yang dilakukan oleh syarikat tersebut adalah urusan syarikat itu sendiri dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan Kementerian ini. Dengan itu, pihak majikan dan orang awam adalah diminta supaya tidak terpedaya dan tidak berurusan dengan syarikat tersebut.

2.     Pihak Kementerian memandang serius akan perkara ini dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menggunakan nama Kementerian untuk mengutip duit daripada orang ramai. Pihak majikan dan orang ramai diseru supaya tampil ke Kementerian dengan bukti-bukti atau membuat laporan polis sekiranya ada syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan sedemikian.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Saturday, January 26, 2013

Cai Pakartun Rosak Mohon Jangan Butthurt Bila Tengok Video Ni #TolakPR #ILLSELLMYCOUNTRY @umbkl @Segambut13

Jom enjoy dengan video parodi ni. Buat pencacai-pencacai Pakartun Rosak mohon terasa. Kbai.

video



SP:  Jangan butthurt lebih2 ok hahahaha...........

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Lepas Damaikan Filipina-Bangsa Moro, Najib Bakal Damaikan Fatah-Hamas #tolakPR @umbkl @Segambut13



 


Walaupun Malaysia belum lagi menjadi negara maju, tetapi negara ini berada di kelasnya yang tersendiri sebagai negara yang berpengaruh dan dihormati.  Pendirian Malaysia yang konsisten dan tegas untuk tidak mencampuri urusan negara lain, tetapi menyokong dan membantu segala usaha ke arah keamanan membuatkan kita sering dipilih sebagai rujukan atau pengantara bagi memulihkan keamanan di negara-negara yang berkonflik. 

Pendirian Malaysia adalah konsisten sejak era Tun Abdul Razak.  Pendirian ini mendapat kekuatan yang ampuh di era Tun Mahathir apabila beliau melonjakkan Malaysia sepuluh langkah ke hadapan sehingga dikenali sebagai Harimau Asia. 

Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib jelas mewarisi kehebatan bapanya serta kebijaksanaan Tun Mahathir melalui pengalaman bekerja di era Negarawan tersebut, pantas memperbaharui, meneruskan dan meningkatkan kekuatan yang sedia ada.   Semangat kedua-dua tokoh tersebut jelas terserlah dalam kepimpinan Dato’ Seri Najib apabila beliau berjaya menggerakan perjanjian damai antara kerajaan Filipina - MILF pada Oktober 2012.   Dengan termeterainya perjanjian itu, konflik selama 40 tahun pun berakhir. 

Kejayaan tersebut membawa Dato’ Seri Najib ke Gaza pula, di mana penindasan terhadap rakyat Palestin oleh rejim Israel berterusan.  Beliau dan anggota rombongannya termasuk Datin Seri Rosmah tiba di Semenanjung Gaza, Palestin pada 22 Januari bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.

Sebelum ini, Palestin telah beberapa kali menyuarakan harapan kepada Malaysia untuk turut membantu membawa keamanan kepada rakyatnya. 

Menghentikan penindasan yang mana tercatat di dalam AlQuran dalam pesanan mengenai Yahudi, pastinya tidak mudah.  Langkah awal yang perlu dilakukan ialah meningkatkan kekuatan Palestin terlebih dahulu dengan menyatukan rakyatnya yang berpecah kepada dua, iaitu parti Hamas dan Fatah. 

Konflik kedua-dua parti ini bermula pada 2005 selepas kematian Yasser Arafat pada November 11, 2004.  Punca konflik ini juga begitu ‘klasik’ atau terlalu biasa dan dijangka iaitu tuduhan atau hasutan kononnya berlaku nepotisme dan rasuah di dalam kerajaan.  Akibatnya, rakyat Palestin berpecah di mana kedua-dua parti menganggap parti mereka sebagai wakil sah rakyat Palestin dengan Fatah berkuasa di Palestinian National Authority dan Hamas di Gaza. 

Pertempuran juga sering berlaku antara kedua-dua pihak ini yang mana menggandakan lagi penderitaan rakyat yang telah sedia tertindas oleh rejim Israel. 

Beberapa perjanjian pernah diusahakan antara kedua-dua pihak, antaranya di Kaherah pada May 2011 tetapi tidak berjaya memastikan kedua-dua pihak menurutinya.  Perjanjian Doha kemudiannya ditandatangani oleh Mahmud Abbas (Fatah) dan Haled Mashaal (Hamas) pada 2012 tetapi dianggap sebagai tergendala dan tiada usaha dibuat ke arah pilihanraya bersama.  Kedua-dua parti saling tuduh menuduh dan pertelagahan pun berterusan. 

Seperti mana-mana konflik yang melibatkan kepentingan Israel, kedua-dua pihak disyaki menerima bekalan senjata dari Amerika untuk memastikan mereka terus berpecah dan lemah. 

Justeru, harapan yang diletakkan di bahu Dato’ Seri Najib ialah untuk membantu kedua-dua pihak membantu diri mereka dengan pertama sekali, bersatu.  Apa yang pasti, harapan agar beliau mengulangi kejayaan di Filipina, di Gaza bukanlah harapan yang tidak berasas. 

Ini kerana, Dato’ Seri Najib terkenal sebagai pemimpin yang berani di mana beliau pernah melawat ke kawasan tegang di Selatan Thailand untuk mengusahakan gencatan senjata antara puak pemisah dengan kerajaan Thai.   Beliau juga merupakan antara penggerak keamanan di Bosnia pada tahun 1993 dan juga Somalia. 

Di kala negara-negara lain mengalami kerosakan dan kemusnahan akibat perang saudara, perpecahan antara kaum dan pemberontakan menentang kerajaan akibat termakan hasutan, Malaysia yang mempunyai landskap yang rapuh, bermasyarakat majmuk dan telah berkali-kali menghadapi ‘ugutan’ pemberontakan dari pihak-pihak tertentu, kekal berdiri teguh, aman dan makmur.  Segala provokasi agama, prasangka kaum dan perbalahan sesama umat Islam yang tercetus dari hasutan secara berterusan dengan matlamat untuk mencetuskan kekacauan, telah tidak menjadi.    

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa kebijaksanaan kepimpinan Dato’ Seri Najib merupakan faktor utama kemampuan Malaysia untuk menepis ‘serangan’ pihak yang tidak bertanggungjawab itu.  Oleh itu, kita tidak ragu-ragu yang Dato’ Seri Najib juga akan dapat membantu Palestin untuk turut ‘menepis’ hasutan ke arah perpecahan dan melakukan yang terbaik untuk mencapai perpaduan.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN