Thursday, November 28, 2013

Kenyataan Media-Pemuda UMNO WP berkaitan Tafsiran Cukai Pintu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) @razlanrafii @umnonline

Isu tafsiran cukai pintu yang hebat diperkatakan di Kuala Lumpur hari ini sudah terjawab apabila kerajaan menangguhkan perlaksanaanya sehingga bulan Mac 2013.

Saya mewakili anak muda bandaraya Kuala Lumpur amat bersetuju ianya ditangguhkan dan dikaji balik mengikut kenyataan-kenyataan bantah dari warga Wilayah Persekutuan. Secara tidak langsung masalah beban yang ditanggung oleh warga kota khususnya dapat diringankan.

Selama 21 tahun cukai pintu tidak dinaikkan dan penduduk semakin lupa apakah yang mereka dapat apabila membayar cukai.

Dalam menyaingi kemajuan dan mewujudkan infrastruktur yang baik dan bertaraf dunia, sudah pastinya pendapatan cukai kerajaan memainkan peranan dan dalam masa yang sama rakyat juga semakin mengejar kehidupan yang lebih baik dan selesa.

Dalam hal ini, saya menyarankan agar pihak DBKL lebih peka dalam memberi penjelasan kepada warga Kuala Lumpur, gunakan segala medium untuk memberitahu dan menjelaskan tindakan yang mereka ambil, gunakan media alternatif bukan hanya media konversional.

Jangan biarkan rakyat keliru dengan notis-notis yang dikeluarkan. Dan saya berharap sangat DBKL lebih mesra kepada penggunaan media sosial / internet.

Saya juga ingin memberi ingatan kepada Ahli Parlimen Pembangkang agar ambil sikap bersama memajukan negara, jangan asyik memainkan isu ini dalam konteks mencari populariti sedangkan mereka sudah bersetuju ianya dilaksakan semasa mesyuarat dan taklimat penerangan bersama YB Menteri tempoh hari.

Terima kasih diucapkan kepada YB Menteri Wilayah, Dato' Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor kerana mengambil langkah prihatin menangguhkan perlaksanaan cukai ini.

Sebagai warga kota, saya menyambut baik keikhlasan YB Menteri dan bagaimanapun Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berpendirian tetap membantah kenaikan tafsiran cukai pintu ini.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah

Sent from my Samsung Galaxy Mega6.3

Tuesday, November 19, 2013

Wan Azizah disaman Felda?

Mahkamah Tinggi menetapkan dua hari mulai 29 Jan tahun depan bagi mendengar saman fitnah RM200 juta yang difailkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) terhadap Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain berhubung satu artikel berkaitan dengan Felda.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Wira Kamaludin Md Said menetapkan tarikh itu selepas bertemu kedua-dua pihak selepas kes itu dipanggil untuk pengurusan kes.

Peguam Wan Azizah dan tiga defendan yang lain, Cheng Mai yang mewakili Felda memberitahu media, kedua-dua pihak telah memfailkan kenyataan saksi bagi perbicaraan itu.

Pada 16 Ogos lepas Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, memfail saman terhadap Dr. Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali yang ketika itu naib presiden PKR, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' menjejaskan imej mereka.

Ia mendakwa penerbitan artikel-artikel itu boleh menjejaskan dan defendan sengaja menyiarkannya untuk merosakkan kepercayaan dan keyakinan peneroka-peneroka Felda terhadap agensi itu. - BERNAMA

Sent from my Samsung Galaxy Tab10.1

Wednesday, November 13, 2013

Pemilihan Ketua Dewan Pemuda PAS Amat Jijik !! @Tantawi100

Nasaruddin Tantawi tidak mempertahankan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, sebaliknya membiarkan anak-anak buahnya memilih pilihan ketua mereka.

Apapun, disebalik insiden menyamakan anjing dengan salah seorang daripada calon ketua amat memalukan dan jijik.

Sehinggakan Nasaruddin yang memegang jawatan ketua sebelum ini mengeluarkan kenyataan "Macai" dan ketinggalan zaman terhadap permilihan yang sedang berlangsung.

Pandangan ikhlas saya, kelahiran Kepimpinan Pemuda PAS hari ini seharusnya diletakkan di bahu Nasaruddin.

Beliau yang merupakan bekas ketua pemuda melahirkan kekecewaan terhadap anak buah beliau sendiri walhal pemuda yang lahir hari ini adalah tanggunjawab beliau.

Pemuda PAS hari ini tidak mencerminkan perjuangan mereka apabila sanggup menyamakan rakan mereka sendiri sebagai anjing.

Nasaruddin yang bersama Dewan ini selama 28 tahun mengakui tidak pernah melihat kempen seburuk ini.

Kenyataan ini sebenarnya jelas menempelak diri beliau sendiri dimana beliau lah yang melahirkan kepimpinan yang tidak mempunyai akhlak yang baik.

Pemuda PAS hari ini dipenuhi dengan mereka yang bersifat rakus mencari kuasa demi mengejar kekayaan dunia.

Saya suka nak memberi ingatan kepada Pemuda PAS ! Jangan lagi kamu mencemuh dan menuduh pemuda UMNO dengan pelbagai tuduhan.

Ini lah balasan Allah kepada institusi kamu secara jelas apabila kamu semua dianggap sebagai Macai oleh ketua kamu sendiri!

Saya percaya, masyarakat hari ini sedang menilai dan memerhati insiden-insiden pemilihan baik semasa pemilihan UMNO dan PAS yang sedang berlangsung.

Dan saya percaya, apa yang digambarkan oleh PAS yang selama ini melabelkan diri mereka sebagai Islam tidak seperti yang diperlakukan. Demi merebut jawatan dan kuasa, mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun ianya melibatkan fitnah dan sanggup menggelar Anjing terhadap ahli mereka sendiri.

Ini tidak termasuk politik wang yang digambarkan digunakan semasa permilihan kali ini.

Sudah tentunya siapa sahaja yang dipilih kali ini adalah ketua yang tidak berkualiti kerana kemenangan mereka mengunakan fitnah dan cela mencela.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Timbalan Pengerusi UMB Pemuda UMNO Malaysia.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Sent from my Samsung Galaxy Mega 6.8

Monday, November 4, 2013

Jantan Pas Bacul Pukul Perempuan #BeraniHijrah #SL4SL #PRKSgLimau

SP dapat info seorang petugas Wanita UMNO telah dikasari oleh seorang petugas lelaki Pas di SK Sedaka pagi tadi.

Mangsa tersebut adalah daripada Parlimen Batu. Puak2 Pas tak tahu malu. Gunakan kekerasan ke atas wanita.

Harap pengundi-pengundi di Sungai Limau bijak membuat pilihan. Kita tolak puak-puak pengganas ni.

#BeraniHijrah

Sent from my Samsung Galaxy Tab10.1

Sunday, November 3, 2013

Ahli PAS Dalang Kes Patung Potong Kaki #BeraniHijrah #SL4SL

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, jentera kempen Pas yang dilihat begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan replika patung kaki sebagai usaha untuk menimbulkan kemarahan pengundi di Sungai Limau.
 
Jentera Barisan Nasional (BN) sebelum ini dikatakan berang dengan tindakan tidak bermaruah pihak yang tidak bertanggungjawab itu, yang jelas ingin menggunakan isu tersebut bagi menyalahkan BN/Umno.
 
Seperti ada satu gerakan terancang, blog-blog pembangkang dengan segera memainkan isu tersebut bagi menyalahkan parti Umno yang dikatakan cuba menghina Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dan keluarganya. Sedangkan secara logiknya, mana mungkin Umno akan bertindak sejauh itu kerana umum mengetahui Azizan adalah merupakan tokoh yang dihormati.
 
Tambahan pula, kebanyakan pengundi di Sungai Limau adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan bekas Menteri Besar Kedah itu.
 
Bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk dan sangkaan jahat, jentera BN/Umno telah mengambil pendekatan segera, bagi menafikan penglibatan parti itu dalam menggantung patung yang dipotong kakinya di kawasan Titi Batu dan Bukit Besar.
 
Tidak cukup dengan, Pengerusi BN Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir turut membuat laporan polis semalam, untuk membolehkan satu siasatan diajalankan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
 
Jamil Khir ketika mengulas lanjut mengenai perkara itu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan biadab tersebut.
 
"Saya amat kesal dengan kejadian ini kerana ia satu provokasi melampau yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mungkin dilakukan oleh pakatan pembangkang pada saat-saat akhir berkempen ini.
 
"Perkara ini sangat tidak wajar dan saya menafikan penglibatan BN dalam hal ini, kami masih ada etika dan tidak sampai ke tahap melakukan perkara sebegitu. Secara logiknya kenapa kita nak gantung patung tersebut berhampiran bilik gerakan BN" ," katanya semalam.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyifatkan tindakan pihak yang menggantung patung kaki di tiga lokasi berasingan sebagai sikap tidak bertanggungjawab sekali gus melanggar peraturan kempen pilihan raya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan tersebut tidak sesuai dijadikan bahan kempen dan tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Beliau berkata, SPR telah mengarahkan Pegawai Pilihanraya Negeri untuk membersihkan replika tersebut awal pagi tadi. "Itu sangat tidak bertanggungjawab, mereka yang pasang patung itu telah mengguris hati keluarga Allahyarham. Saya dari mula lagi sudah pesan buat kempen secara berhemah, jangan langgar peraturan" katanya.
 
Patung berwarna kelabu yang dipotong separuh kaki sehingga paras betis dan tertulis perkataan 'ini kaki Ustaz Azizan' digantung di atas wayar elektrik berhampiran bilik gerakan BN di kawasan tersebut.
 
Seperti kata pepatah, doa orang yang teraniya akan segera dimakbulkan Allah swt. Hasil maklumat orang kampung, semalam dilaporkan satu tangkapan telah dibuat terhadap 2 orang lelaki Melayu kerana disyaki sedang menggantungkan satu lagi patung kaki di kampung Batu 16.
 
Paling menarik, apabila disiasat kedua-dua suspek tersebut adalah merupakan ahli Pas dari kawasan Pokok Sena. Bagi mengelakkan mereka terus dibelasah oleh penduduk kampung yang berang atas tindakan yang dilakukan itu, pihak polis terpaksa mententeramkan keadaan dengan menahan kedua-duanya.

SP: Inilah jadinya apabila matlamat menghalalkan cara.

Sent from my Samsung Galaxy Tab10.1

Friday, November 1, 2013

Kopiah tue PAS Punya ke? #SL4SL #PRKSgLimau







Dengan tempoh kempen yang berbaki lagi 3 hari, Pas dilihat agak tertekan dengan pendekatan calon BN/Umno yang dilihat semakin berjaya menembusi beberapa kubu kuat / hitam milik parti itu. Risau dengan perkembangan terdesak, Pas terdesak dengan perkembangan tersebut, jentera Pas mula menyerang dan mempertikaikan cara pemakaian calon BN, yang kononnya meniru parti itu dengan memakai kopiah.

Pelik sungguh puak-puak Pas! Isu kopiah pun boleh dijadikan modal kempen seolah-olah pendekatan memakai kopiah / ketayap putih adalah merupakan hak milik mutlak parti itu. Sekiranya isu tersebut dibangkitkan oleh blog pencacai pakatan pembangkang mungkin ia boleh diterima, kerana sudah menjadi resam pencacai untuk menyerang BN/Umno.

Namun apabila akhbar yang merupakan lidah rasmi parti itu turut menggunakan isu tersebut, nampak sangat betapa rendahnya tahap pemikiran sidang editorial yang sebelum ini mendakwa mengamalkan tahap profesionalisme yang tinggi.

Paling menarik, apabila mereka turut mendakwa kononnya kopiah adalah merupakan budaya dalam Pas. Namun tanpa mereka sedari ada di kalangan pemimpin tertinggi mereka sendiri yang tidak menggunakan kopiah sebagai pakaian harian.

Contohnya seperti Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Setiausaha Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, dan banyak lagi. Jadi secara prinsipnya ia bukan merupakan pakaian rasmi parti itu.

Semua sedar, sekarang adalah masa untuk berkempen namun gunalah pendekatan yang lebih sihat bagi menarik sokongan pengundi. Bukankah itu yang cuba diperjuangkan oleh Pas sebelum ini?

Cuba tonjolkan peribadi calon Pas, dasar dan perjuangan yang akan dibawa sekiranya dipilih oleh rakyat. Atau setidak-tidaknya misi atau visi yang ingin dibawakan untuk kesejahteraan pengundi di Sungai Limau. Bukannya mencari salah dan silap sehingga menggunakan isu kopiah dan sebagainya.

Itu belum lagi diambil kira pendekatan petugas parti itu yang bertidak liar dengan merosakkan poster dan membakar bendera BN. Malah ada yang cuba bertindak keterlaluan dengan mengugut para penceramah agama untuk membaling telor sekiranya mereka hadir atas tiket Umno. Malah dalam beberapa kejadian, petugas parti itu juga dilaporkan menghalang jentera Wanita dan Puteri untuk berjumpa dengan pengundi atas alasan ia adalah kawasan kubu kuat mereka.

Tambahan pula, Pas selama ini begitu mengaku sebagai sebuah parti yang ingin memperjuangkan Islam. Jadi ada baiknya mereka menjaga adap dan susila bagi mengelakkan Islam disalahkan atas setiap tindakan melampau dan ekstrem yang dilakukan oleh jentera parti.

Apa gunanya Islam digunakan sebagai dasar parti, namun di masa yang sama kelakuan dan tingkah laku yang ditunjukkan ahli mereka jela bertentangan dengan ajaran dan tuntutan yang ditetapkan oleh agama.

Kesimpulannya, mungkin sudah sampai masanya kerajaan menetapkan bagi menghalang mana-mana parti politik dari menggunakan Islam atau agama sebagai modal mencari sokongan. Atau dalam bahasa mudah, menggesa parti itu menggugurkan nama Islam dari partinya.

Ia bagi mengelakkan Islam sebagai agama yang suci dan dijamin haknya dalam perlembagaan persekutuan tercemar dari sebarang unsur negatif dari segelintir penyokong mereka yang ekstrem.



SP: Kopiah tue bukan hak milik mutlak PAS. Jangan tunjuk sangat kebebalan tu...buat malu je...